Tasek Biawak Komodo di Pulau Besar



Anda tidak perlu ke Indonesia untuk melihat biawak besar (Komodo) kerana spesis itu boleh dijumpai di Pulau Besar. Ketika berjalan di tepi pantai (bahagian Marina Resort), saya terserempak dengan bekas tapak kaki spesis itu. Pada mulanya saya agak berani untuk menjejaki tapak kaki tersebut, tetapi setelah memikirkan betapa besarnya spesis itu, saya terus melupakan sahaja niat itu.

Terdapat sebuah tasik di bahagian belakang Makam Sultan Ariffin yang digelar tasik biawak. Malangnya, ketika tiba di tasik itu, spesis itu tidak pula kelihatan. Menurut kata penduduk tempatan, dahulu memang mudah untuk melihat spesis itu kerana kedudukan tasik itu hanya bersebelahan dengan tempat pembungan sampah. Setelah banyak resort tidak beroperasi, tiada lagi sampah yang dibuang ke kawasan itu dan keadaan ini membuatkan biawak tersebut terpaksa mencari makanan di tempat lain

Read more: http://www.nuraflah.com/2009/07/misteri-pulau-besar-melaka.html#ixzz0pod8JpYe

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to Tasek Biawak Komodo di Pulau Besar

  1. lancarey berkata:

    Salam pakcikli….
    Masa tu pakcik ada tak buat aksi macam Steve Corcodile hunter tu terbang atas biawak tu hee… hee

  2. pakcikli00 berkata:

    Waalakumusalam

    Saudara Lancarey, sayang biwak komodo sudah tiada semasa pemergianmu nanti, tapi biawak ini paling pengotor, jika digigitnya, mangsa akan cepat mati diserang bakteria bisa dari air liur biawak tersebut pada bekas gigitannya.

    Wasalam.

  3. lilith berkata:

    kalu pasal biawak komodo neh..kat pulau kt yan kedah pon ada..lokasi kat PULAU TELUR..dulu pulau neh jadi tempat perkhemahan la..tp disebabkn biawak2 tuh..xda sapa yg berani da..kalu nak kna di makan biawak tuh bleh la g picnic kt situ.hehehe..

    salam,

Tinggalkan komen