Makam Syarifah Rodziah Pulau Besar



Dipercayai Syarifah Rodziah adalah antara keturunan Sultan Arifeen. Beliau adalah seorang wanita yang cantik dan berpegang teguh kepada ajaran Islam sehingga disaat-saat akhir hidup beliau. Beliau telah mengabdikan diri kepada Allah dengan menyendiri, berwirid dan berzikir.

Akhirnya apabila beliau meninggal dunia, beliau telah dikebumikan di bahagian hadapan Makam Sultan Arifeen sebagai tanda penghormatan kepada beliau.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

6 Responses to Makam Syarifah Rodziah Pulau Besar

  1. pakcikli00 says:

    Makam Tujuh Beradik

    Tujuh beradik yang dimaksudkan ialah tujuh orang bersaudara seperguruan. Mereka ini berasal dari Palembang. Mereka telah datang ke Pulau Besar dengan satu tujuan untuk mengembangkan ilmu persilatan. Setelah diteliti melalui firasat bahawa Pulau Besar ini sesuai untuk dijadikan penempatan dan mengembangkan ilmu persilatan maka mereka membuat keputusan memecahkan dinding kapal mereka untuk dibuat dinding rumah.
    Mereka mempunyai ramai pengikut dari seluruh nusantara. Tujuh bersaudara ini mempunyai ilmu yang sangat tinggi iaitu ilmu dunia dan akhirat. Sepanjang hidup mereka, ramai orang datang untuk mendapatkan pertolongan darinya dan apa yang berlaku adalah dengan keizinan daripada Allah swt.

    Perigi Kaki Bukit

    Perigi ini dipercayai digunakan oleh orang Jepun untuk memancung kepala orang-orang Cina. Kepala yang telah dipancung akan dilemparkan ke dalam perigi ini. Perigi ini tidak pernah digunakan orang sehingga sekarang.
    Di kawasan sekitar perigi ini merupakan kawasan Panglima Hitam. Wajahnya serta anggota tubuhnya dipercayai berwarna hitam. Di kawasan ini juga merupakan salah satu tempat yang amat keras terutamanya pada waktu senja. Pernah suatu ketika dahulu sepasang kekasih duduk berdua-duaan di kawasan ini dan wanita tersebut diserang histeria.

    Batu Belayar

    Sebuah batu yang sederhana besar berbentuk seperti kepala kuda. Batu ini dikatakan pada asalnya terletak di dalam laut. Kemudian ianya terapung-apung di dasar laut dan tersangkut di Pulau Besar ini.
    Dipercayai batu ini juga di gunakan oleh 7 beradik untuk mengikat tali kapal mereka sebaik sahaja mereka berlabuh di Pulau Besar ini. Kini batu ini masih jelas kelihatan sebaik sahaja sampai di Pulau Besar ini. Ianya terletak berhampiran dengan Jeti Pulau Besar.

    Perkampungan Bunian

    Sebuah kawasan perkampungan yang terdapat di Marina Resort dan dipercayai satu perkampungan orang-orang bunian. Kawasan tersebut sebenarnya ingin dimajukan, tetapi disebabkan masalah ekonomi dan masalah jerebu yang melanda pada tahun 1997-1999 maka pembinaannya tidak dapat diteruskan.

    Menurut cerita, sebenarnya terdapat sejumlah 146 buah kampung bunian di kawasan Pulau Besar ini, tetapi kawasan ketara yang boleh dilihat di kawasan Marina Resort ini sahaja.

    Gua Yunus

    Nama Gua Yunus diambil sempena nama orang yang pertama menjumpai dan menjadikan gua ini sebagai tempat pertapaan. Sehingga sekarang gua ini masih lagi digunakan orang sebagai salah satu tempat bertapa. Untuk masuk ke dalam gua ini, ahli pertapaan terpaksa menyelam ke dalam air kerana kedudukan pintu gua ini sebenarnya di dalam air. Dipercayai batu dinding gua ini semuanya berwarna putih.

    Kubur Nenek Kebayan

    Sebuah makam lama yang dipercayai kubur Nenek Kebayan atau nama sebenarnya ialah Nenek Siti Fatimah. Jika sebut nenek kebayan orang akan mengaitkannya dengan pekerjaan beliau iaitu sebagai bidan kampung, penjual akar kayu, penjual bunga dan sebagainya.
    Dipercayai kubur nenek kebayan ini mempunyai keanehannya iaitu sebahagian kepala batu nesannya adalah batu nisan perempuan manakala dibahagian kakinya adalah batu nisan lelaki.

  2. rusaputih says:

    saya setuju dgn pakcikli00 berkenaan makam nenek siti fatimah..yang dikatakan makam nenek kebayan tempayan pecah itu sebenarnyer makam nenek siti fatimah atau dalam bahasa bunian nya ‘nen fatimah”bermaksud nenek..beliau adalah nenek kebayan yang ke 4…wallahulam….

  3. Tok Syeikh says:

    Sebenar nya Nenek Kebayan itu ada keliru nya.Tempat itu di namakan Keramat Tempayan Pecah.Dan makam itu adalah Makam Nenek Tempayan BUKAN Nenek Kebayan.Nenek ini nama sebenar nya ialah Dang Baru atau Dang Wangi atau Nenek Inang Sih binti Sayyid Thanauden/Datuk Adi Putra/Panglima Hitam.Suami Nenek ini ialah Laksamana Hang Jebat.Ada 4 makam di sekitar kawasan itu.

  4. ismail said says:

    Salam.

    Mohon Tok Syeikh berkongsi pengetahuan perigi nenek Musalamah. Asal usul beliau serta serta kaitan dengan pulau Besar.

    Wasalam

  5. Tok Syeikh says:

    Nama beliau ada saya tulis jika anda, mencari nya !!!.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s