Makam Nenek Tempayan Pecah Pulau Besar Melaka

Nenek Tempayan Pecah nama sebenar nya ialah Dang Wangi atau Inang Sih. Beliau ialah isteri kepada seorang Laksamana yang di katakan derhaka iaitu Laksamana Hang Jebat. Berhampiran dengan makam nya ada makam suami nya, anak lelaki nya dan anak perempuan nya.

Saya pernah berbincang dengan seorang tua,saya tanyakan makam Hang Nadim di mana ?, kata nya di Pulau Besar !!. Pada pendapat saya makam Hang Nadim bin Hang Jebat ada di makam 7 beradik tapi salah, rupa rupa nya,makam beliau terletak berhampiran Keramat Tempayan Pecah dan begitu juga makam ayahanda nya !!!!. Perlu kita ingat Hang Nadim juga seorang Laksamana Angkatan Laut Melaka dan menantu kepada Hang Tuah. Isteri nya ialah TUN MAS JIWA binti Hang Tuah. Dari mereka ini lahir lah Tun hamzah dan dari Tun Hamzah lahir lah Tun Mat Ali dan dari Tun Mat Ali lahir lah Tun Pertam.

Jadi PENDAPAT yang mengatakan Hang Tuah tiada Zuriat adalah BOHONG dan KELIRU. LAKSAMANA Hang Nadim ini sangat terkenal di seluroh alam Melayu dan pernah mengetuai Angkatan Laut Johor / Melaka menyerang Portugis sebayak 16 kali tapi gagal dan AKHIR NYA SYAHID dan di kebumikan di Pulau Besar.

Banyak dalam buku Sejarah yang menulis beliau adalah anak Hang Jebat dan MENANTU Hang Tuah !!!!.Kalau Hang Tuah tiada ZURIAT MANA PULAK DATANG NYA ISTERI Hang Nadim ni !!!!.

Sumber: Komentar Tok Syeikh di Karimon’s Blog.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

6 Responses to Makam Nenek Tempayan Pecah Pulau Besar Melaka

  1. Mohd Hasim says:

    Salam Tok Syeikh, maaf saya bertanya siapakah isteri Laksamana Hang Tuah..

  2. Tok Syeikh says:

    Waaalaikummusalam !!!.

    Isteri nya ada 2 orang,
    Isteri Pertama,
    1.Dang Melor Ratnawati binti Sayyid Tsanaudeen bin Amir Syah Ahmad Jalaludin Azmatkhan.Melahirkan,
    1.Tun Sirah berkawin dengan Laksamana Khoja Hasan atau Maulana Sayyid Falalaten bin Maulana Sayyid Ibrahim Patakan Ismail bin Maulana Sayyid Nurul Barakat Alam bin Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra bin Amir Syah Jalaludin.
    2.Tun Daerah berkahwin dengan Sultan Mahmud Syah, Melaka melahirkan Raja Dewi.
    3.Tun Biajid.

    Isteri ke 2,
    2.Tun Ratna Sendari binti Seri Wak Raja…adek Tun Perak yang bungsu..melahir kan :
    1. Tun Mas Jiwa berkahwin dengan Laksamana Hang Nadim bin Hang Jebat melahir kan Tun Mat Ali, beranak kan Tun Hamzah, beranakan Tun Seri Petam.
    2. Tun Guna …wafat di Bentayan, Pagoh semasa Portugis menyerang Kota Bentayan.

  3. tokpakehtemenggong says:

    Salam Tok Syeikh

    Saya melihat pengunjung yang mengunjungi makam nenek tempayan pecah ini meletakkan setanggi, mencampak wang ke telaga, berdoa dan ambil berkat dengan mencecah tangan ke air telaga dan menyapu kepala. Saya lihat mereka ini orang India tetapi tidak tahu samada Islam atau Hindu. Apa pandangan Tuan Syeikh?

  4. raghunath says:

    Salam Tok Syeikh, maaf saya bertanya nama sebenar nenek?

  5. Salam Tok Syeikh

    Hamba Ingin bertanya dimana makam Tun Guna anak Tun Tuah yang wafat di Bentayan. Hamba ingin berziarah. Terima kasih .

  6. Salam Tok Syeikh

    Hamba dapati keterangan Tok Syeikh adalah terperinci, meluas dan banyak fakta. Hamba tidak pernah mendengar cerita yang selengkap ini. Dari mana Tok Syeikh dapat sejarah ini adakah dari catatan waris Tok Syeikh ? Bagaimana ‘ cerita ‘ ini diwariskan ? dalam bentuk lisan, atau kitab-kitab lama ? Sudilah kiranya berkongsi.

    Terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s