Cadangan membina muzium Pulau Besar Melaka



Muzium Pulau Besar kumpul khazanah
Oleh Nasir Abd Wahab

Kompleks dua tingkat bernilai RM2 juta berhampiran makam ulama dibina

MELAKA: Kerajaan negeri akan membina sebuah muzium khas di Pulau Besar khusus menempatkan khazanah sejarah bernilai pulau itu yang dikumpulkan individu bagi membolehkan ia menjadi rujukan sambil membetulkan salah faham mengenai misterinya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata sebuah kompleks dua tingkat bernilai RM2 juta dirancang dibina berhampiran makam ulama di Pulau Besar mulai 2009.

“Saya berharap pembinaan muzium itu akan dapat menempatkan ratusan artifak dan khazanah yang ditemui di Pulau Besar untuk rujukan,” katanya selepas merasmikan Pameran Menyingkap Sejarah dan Misteri Pulau Besar, di Dewan Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), di Jalan Kota, di, sini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Datuk Seet Har Cheow; Timbalan Pengerusi Perzim, Datuk Abd Azis Abd Ghani; Pengurus Besar Perzim, Khamis Abas dan pemilik Koleksi Nurul ‘Ala, Ustaz Ana Fakir.

Mohd Ali berkata, selain membina muzium, Perzim juga diminta membina sebuah terowong masa sepanjang satu kilometer berdekatan Gua Yunus bagi membolehkan bahan pameran berkaitan agama Islam dipamerkan.
Katanya, bahan dan artifak Pulau Besar kini banyak dalam simpanan individu termasuk pemilik Koleksi Nurul ‘Ala di Kuang, Selangor.

Sementara itu, Ana Fakir menyambut baik cadangan kerajaan negeri dan sanggup memindahkan lebih 1,000 bahan simpanannya di Kuang ke bangunan muzium Pulau Besar itu.

“Saya amat mengalu-alukan cadangan Mohd Ali itu kerana khazanah Pulau Besar perlu dipulangkan semula ke lokasi asalnya, lagipun Pulau Besar adalah lambang kebesaran Kesultanan Melayu Melaka sejak 600 tahun lalu.

” Pulau Besar menjadi lokasi awal kemasukan ulama yang menyebarkan agama ke Melaka sebelum berkembang ke Nusantara,” katanya.
Pameran itu berlangsung sehingga 4 Januari 2009 dan orang ramai berpeluang mengikuti lawatan dua hari ke Pulau Besar dengan pakej istimewa anjuran Perzim dengan bayaran RM130 seorang.

Pakej lawatan berkenaan bermula pada 22 dan 23 November, 13 dan 14 Disember dan terakhir pada 27 dan 28 Disember ini.

Sempena pameran itu juga, Ana Fakir menjual buku berjudul “Menyingkap Misteri Pulau Besar” dengan harga RM35 senaskhah.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Cadangan membina muzium Pulau Besar Melaka

  1. Tok Syeikh says:

    Buku Menyingkap Misteri Pulau Besar, belum cukup lagi jika kita nak tau tentang Keturunan Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail.Ana Fakir/Safuan hanya menceritakan kisah Sayyid Ismail sahaja, keturunan Sayyid Ismail beliau tidak tulis kerana mungkin beliau tidak kenal keturunan Sayyid Ismail.Walau apa pun Saya ucapkan TERIMA KASEH pada Ana Fakir/Sapuan kerana beliau bersusah payah menulis berkanaan Pulau Besar !!!.Good Luck, Safuan !!!.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s