Pulau Besar tempat tinggal Pendekar dan Hulubalang



Menurut cerita orang-orang terdahulu, Pulau Besar Melaka ini telah dibuka dan diterokai oleh orang laut yang sememangnya suka tinggal di kawasan pantai dan tepi laut. Mereka ini menjalankan aktiviti menangkap ikan sebagai sumber makanan dan juga pendapatan mereka. Ada juga di kalangan mereka yang menjalankan kegiatan negatif seperti menjadi lanun yang merompak hasil nelayan dan juga kapal-kapal pedagang yang lalu-lalang di Selat Melaka.

Orang laut juga dikatakan mempunyai perwatakan yang ganas serta memiliki kepandaian dalam ilmu persilatan dan pembinaan kapal. Kehandalan mereka bersilat dan berenang begitu menggerunkan para nelayan yang mencari rezeki di laut dan juga kepada pedagang yang melalui Selat Melaka. Kisah keganasan yang dilakukan oleh orang laut ada diceritakan dalam teks Hikayat Hang Tuah dan juga Sejarah Melayu.

Oleh kerana Pulau Besar telah menjadi penempatan orang laut pada waktu dahulu, maka ramai yang telah datang ke pulau ini untuk mempelajari ilmu persilatan daripada guru-guru silat yang mendiami pulau tersebut. Terdapat beberapa nama pendekar besar yang dikatakan mendiami pulau ini seperti Panglima Lidah Hitam, Pendekar 7 Beradik, Tok Janggut dan Tok Putih. Diceritakan juga, ada di kalangan pendekar-pendekar yang tinggal di Pulau Besar ini yang mengamalkan ilmu hitam sebelum para pendakwah Islam tiba ke pulau ini.

Dari atas bukit Pulau Besar, kita akan dapat melihat kawasan Bandar Melaka dengan jelas. Maka tidak pelik jika dikatakan sejak dahulu lagi Pulau Besar telah dijadikan salah satu tempat untuk para pembesar dan pengawal Kesultanan Melayu Melaka mengawasi perairan Selat Melaka. Pada waktu itu, jika seseorang itu ingin menjadi pengawal atau hulubalang Istana, sudah tentu seseorang itu harus memiliki ilmu berlawan atau mempertahankan diri yang hebat.

Dipendekkan cerita, selain dijadikan pusat tinjauan perairan Selat Melaka untuk kerajaan silam Melaka, ianya turut dijadikan tempat untuk merekrut dan melatih hulubalang yang baru. Mungkin juga Laksamana Hang Tuah yang bertugas menjaga armada laut Sultan Melaka selalu datang ke pulau ini untuk mengatur sendiri kedudukan pertahanan negeri Melaka. Sehingga kini pun, Pulau Besar turut dijadikan tempat ‘penamat’ latihan untuk beberapa pertubuhan silat di negara ini.

Di atas puncak bukit Pulau Besar, terdapat seketul batu besar yang terbelah dan dikenali sebagai ‘batu belah’ oleh penduduk tempatan. Bahkan, di beberapa tempat lain juga terdapat beberapa batu yang ‘seolah-olah’ di belah oleh ‘sesuatu alat yang sangat bertenaga’. Penduduk tempatan percaya, batu-batu yang terbelah itu adalah peninggalan pendekar-pendekar lama yang menguji ilmu mereka. Sejauhmanakah kebenaran dakwaan ini, wallahu a’lam.

Read more: http://www.nuraflah.com/2009/07/misteri-pulau-besar-melaka.html#ixzz0poIKHLen

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Pulau Besar tempat tinggal Pendekar dan Hulubalang

  1. abdul aziz rashid berkata:

    si- kerdil mengaku sehamba-hambanya, sebaik-baik Pulau ini.

Tinggalkan komen