Melaka pengeluar telor terbesar

MELAKA mengeluarkan hasil ternakan bernilai lebih RM1.55 bilion tahun lalu dengan 86 peratus daripadanya adalah hasil sektor ternakan pelbagai jenis unggas, terutama ayam.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan 78 peratus berbanding RM874.05 juta pada 2005.

Melaka adalah pengeluar terbesar telur ayam di Malaysia dengan 7.5 juta biji sehari dan setakat ini Melaka mengeksport daging dan telur ayam ke Singapura, Indonesia, Hong Kong dan Timor Leste,” katanya dalam teks ucapannya sempena perasmian Kempen Kesedaran Penubuhan Zon Bebas Penyakit Sampar Ayam Peringkat Negeri Melaka di Jasin, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Melaka Datuk Md Yunos Husin.

Mohd Ali berkata Melaka juga mengeksport anak ayam berumur sehari ke Indonesia, Vietnam, Kemboja, Bangladesh, Turki, Brunei serta Filipina dan program zon bebas penyakit sampar ayam itu penting bagi memastikan produk berasaskan ayam di negeri itu bebas penyakit dan berkualiti tinggi.

Beliau berkata, ayam yang diternak secara tradisional atau ayam kampung yang kini dianggarkan berjumlah 500,000 ekor di Melaka juga perlu diberi vaksin bagi mengelak penyakit.

Sementara itu, Dr Abd Aziz meminta penternak ayam kampung supaya mendaftar di pejabat veterinar bagi mendapatkan vaksin penyakit sampar ayam secara percuma.

Zon Bebas Penyakit Sampar Ayam diwujudkan bagi menyedarkan penternak mengenai keperluan vaksinasi itu.

Artikel ini disiarkan pada : 27/08/2012

Advertisement

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s