Perigi Nenek Tempayan Pecah Pulau Besar Melaka

Suatu ketika dahulu, terdapat seorang nenek kebayan yang mempunyai tujuh orang anak lelaki. Setiap seorang mempunyai kelebihan yang tertentu. Pada suatu hari, nenek kebayan hendak keluar mencari akar kayu untuk dijadikan ramuan ubat-ubatan. Beliau berpesan kepada anak-anaknya supaya menyiram tanaman di kebun bunga dan herba. Hanya yang bongsu menyiram tanaman tersebut.

Proses menyiram adalah sangat rumit sehingga si bongsu ini terfikir untuk mengangkat air dengan menggunakan tempayan sahaja kerana beliau mempunyai kekuatan seperti ’Badang’. Ini bermakna dengan hanya sekali angkat sahaja dari perigi sudah dapat air satu tempayan.

Suatu hari, sewaktu hendak menyiram, tempayan yang penuh berisi air itu terhempas. Si bongsu lantas terus mengorek lubang di tanah dan menanam tempayan yg pecah itu di dalam lubang tersebut. Tiba-tiba, terpancut mata air keluar di dalam tempayan yang pecah itu. Walaupun airnya keruh tapi ia tidak berbau. Sehingga sekarang perigi tempayan ini terus mengeluarkan air dan dipercayai tidak pernah kering.

Di bawah ini adalah Komentar Tok Syeikh di Karimon’s Blog

Ini memang Perigi Tempayan Pecah TAPI tak ASLI lagi. Mulut Tempayan yang asli berada di dalam air dan 6 kaki dari permukaan air itu. Itu lah jika RAKUS hendak kan PEMBANGUNAN, Sejarah orang orang lama akan HILANG. Di Pulau Besar ada 3 tempat yang BUKAN ASLI DAN YANG ASLI TELAH HILANG !!!

1.Komplek Makam Syeikh Sultan Ariffin…..baru di bina pada 1992,tak ASLI lagi.

2.Keramat Tempayan Pecah….terus di tengelami air,sedalam 5 kaki.Eko sistem nya ROSAK TERUS…Dulu air pasang,air penoh dalam tempayan,bila surut..air kering dan bolih di raba…pengunjung akan dapat memacam barang….cincin,rantai,duit lama,gelang malah keris pun ada !!!.Saya cuma ada dua keping duit lama tahun 1889 dan 1888.Dapat di Tempayan ini pada tahun 1971 dulu.

3.Keramat Masin Tawar…terus PUPUS DAN TAK ADA LAGI AIR TAWAR WALAU PUN AIR SURUT.Ini di sebab kan PEMBINAAN PADANG GOLF,Yang menyebabkan banyak pokok pokok bakau di tebang dan di berseh kan…Olih itu nasihat saya jika kita ke Pulau Besar, BAWA SEKALI KAYU GOLF, BOLIH KITA MAIN GOLF….KERANA TIDAK RAMAI MAIN GOLF….JADI KITA LAH YANG MAIN GOLF….Itu lah PEMBANGUNAN KONON NYA ????

About these ads

Perihal pakcikli00

Saya adalah dukun asmara
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Perigi Nenek Tempayan Pecah Pulau Besar Melaka

  1. Mohammad Hisyamuddin Bin Abdul Aziz says:

    Salam,

    Msh boleh ke kita msuk tangan ke dalam perigi tersebut..
    adakah orng yg msh dpt brngx2 yg seperti di atas..

  2. Mohd Redza says:

    Assalamualaikum Tuan Syeikh…saya pernah beberapa kali ke Pulau Besar sekitar tahun 2007 – 2009. Agak lama juga tak kesana, khabarnya dah banyak berubah. Hati ini memang berkobar-kobar hendak kembali ke bumi Pulau Besar, tapi apakan daya, masih belum ada peluang dan masa yang sesuai. InsyaAllah, akan sampai jua nanti. Kalau ade rezeki ingin melihat & menyentuh kalimah Allah di padang golf sana, melihat istana bunian, mandi di tempayan pecah & perigi nenek musallimah, gua yunus, tasek2 dan sebagainya.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s