Pulau Besar Melaka kini bebas daripada amalan khurafat

MELAKA 7 Feb. 2o12 – Pulau Besar di sini yang sebelum ini sinonim dengan amalan khurafat, kini semakin pulih daripada aktiviti itu hasil pemantauan pihak berkuasa sejak kebelakangan ini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Rahimin Bani berkata, hasil tinjauan bersepadu bersama beberapa agensi pihak berkuasa negeri di pulau itu mendapati, tiada aktiviti pemujaan diadakan.

Menurut beliau, keadaan itu jauh berbeza dengan sebelum ini apabila ribuan umat Islam dari seluruh dunia akan datang ke pulau itu selepas sambutan Maulidur Rasul bagi mengadakan temasya besar.

“Namun, lawatan kita hari ini mendapati, tiada temasya besar diadakan sebagaimana kebiasaan dan ini membuktikan Pulau Besar kini semakin pulih daripada amalan-amalan yang menyimpang daripada ajaran Islam.

“Tiada lagi kesan-kesan binaan batu berupa bentuk kubur, khemah-khemah untuk menjalankan aktiviti khurafat yang menunjukkan adanya perbuatan sesat dan terpesong daripada akidah Islam dilakukan di sini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Operasi meninjau pulau itu disertai lebih 50 kakitangan pihak berkuasa negeri antaranya Jabatan Imigresen, Rela, polis, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Sementara itu, Setiausaha MBMB, Azmi Hussain ketika dihubungi berkata, sebanyak 10 notis dikeluarkan kepada peniaga-peniaga di situ kerana meninggalkan khemah dan barangan mereka di tapak perniagaan.

“Diharapkan, para peniaga ini dapat mengemas barangan mereka selepas waktu perniagaan, bukannya dengan meninggalkannya di situ kerana ia akan mencacatkan pemandangan,” katanya.

Advertisement

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

1 Response to Pulau Besar Melaka kini bebas daripada amalan khurafat

  1. abdul aziz rashid berkata:

    pasal kini semua bertangungjawab..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s