Misteri Pulau Besar Melaka



Tak kenal maka tak cinta. Itulah rumusan awal yang ingin saya ungkapkan setelah berkunjung ke Pulau Besar Melaka. Segala tohmahan dan kisah-kisah negatif yang seringkali saya dengar tentang pulau ini lenyap begitu sahaja setelah mata ini menyaksikan sendiri keindahan pantainya, khazanah flora dan faunanya serta kesan tinggalan sejarah yang masih terdapat di pulau ini. Tidak seperti pulau-pulau peranginan lain yang pernah saya kunjungi, Pulau Besar mempunyai keunikannya yang tersendiri. Minda dan tubuh badan yang lesu terasa segar bila diselimuti bayu laut yang mendinginkan. sukar untuk saya gambarkan dengan perkataan tentang ‘ketenangan’ dan ‘kedamaian’ yang dapat saya rasakan ketika berada di pulau ini. Mungkin juga apa dapat yang rasakan di pulau ini adalah nikmat dan keberkatan yang telah Allah SWT kurniakan ke atas sebuah pulau yang telah banyak berjasa kepada syiar Islam di rantau Nusantara. Tidak lengkap rasanya jika kunjungan kita ke pulau ini tidak menyelongkar misteri yang terdapat di pulau ini. Meskipun terdapat pelbagai versi dan cerita yang dikaitkan dengan sesuatu kejadian misteri di pulau ini, namun sebagai umat Islam yang beriman pada kekuasaanNya, kita harus sentiasa berhati-hati agar akidah kita sentiasa terpelihara daripada sesuatu perkara yang boleh menyesatkan. Dintara kesan sejarah yang maseh terdapat di pulau ini adalah seperti berikut;

* keramat Sultanul Aarifeen
* Perigi di Kaki Pulau
* Batu Belayar@Batu Penambat Kapal
* Batu Tengkorak
* Pokok Disula
* Tasik Biawak
* Batu Belah
* Keramat Masin Tawar
* Istana Bunian
* Perkampungan Bunian
* Tasik Bunian
* Gua Yunus
* Keramat Ular
* Makam Nenek Kebayan
* Perigi Tempayan Pecah
* Makam Tok Janggut
* Makam Tujuh Beradik
* Makam Seribu
* Makam Nisan Satu
* Perigi Nenek Musallimah
* Tapak Kaki Sultanul Aarifeen
* Makam Sultanul Aarifeen
* Makam Syarifah Rodziah
* Batu Lesung
* Batu Gajah
* Gelanggang Silat Fatimah
* Batu Damar Wulan
* Perigi Bunian
* dan Tasek Bunian

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

19 Responses to Misteri Pulau Besar Melaka

  1. Tok Syeikh berkata:

    Pulau ini dulu nya memang Misteri, tetapi bila banyak Tulisan saya yang di keluar kan, dah tiada Misteri lagi !!!.Aku pulak yang susah !!!, bolih kata tiap hari ada yang talipon, kerana nak tau pasal Pulau Besar !!!.Ada banyak Weblog saya tuliskan Tentang Sejarah Pulau Besar tetapi paling banyak di Blog Karimon !!!.

  2. ismail said berkata:

    Salam. Kerap juga ke pulau besar. banyak rahsia dalam rahsia. Juga banyak tercemar dgn perbuatan yang dilarang dalam agama islam. Lebih kesal banyak makam muslim didatangi olih bukan muslim serta dipasang yg bukan2. itu komen saya jer.

    • D Fojaax berkata:

      woi,bodoh,yang kau cakap pasal, bukan islam ke tak islam,kenapa?allah,tidak melarang saya dari datang kesana,yang kau kesal mengenainya kenapa?saya mendapat gambaran suci mengenai pulau besar,awak i ni baik,ke atau jenis yang tidak akan memberi air kalau individu, perlu?oh’makna nya awak akan hanya beri air pada orang islam saja,ok, kalau kau begitu saya tidak, saya adalh seorang yang memberi hormat pada agama lain,kau perlu ingat yang muslim keturunan nya adalah india,u mesti kata , kalau saya tak kata,jadi debat saya ialah,jangan lebih cakap,baik baik la’apa yang kau rugi?oh, kalau begitu kan mungkin awak bunuh je semua bukan islam dan biar orang islam saja hidup dalam dunia ni,tak boleh kan, sebab kau bukan sultan,ya ke?habis kenapa kau tak suka orang bukan islam sedang yg membuat keputusan adalah allah,atau pun janganlah action boleh tak,islam adalah satu ajaran yang sangat adil dan kasih sayang,boleh kah awak jangan cemarkan dengan perengai tulisan awak dgn block ini,kau fikir india baca tamil saje ke,kau berapa bahasa tau cakap

      • perang amalan syirik berkata:

        woi tonggong ni bukan kira islam ke bukan islam lawat kubur org islam di pulau besar…ini masalah amalan syirik yg dibawa kekubur islam…takkan tak paham..kalau pegi sana nak pegi menurun nombor..minta benda bukan2..baikntakyah dtg. .kalu ko org islam mesti ko paham masalah akidah ni…tp kalo ko bkn islam susah nak terangkan…bukan soal islam ke bukan islam idup dlm dunia ni…ataupun ko salah sorang dr tut….diatas…

  3. ismail said berkata:

    salam semua sahabat.
    seperti yg diketahui, banyak yg tersirat kpd seasiapa yg mengerti maksud ziarah dalam ibadat
    izinkan saya berkongsi info dengan beliau yang lebih arif.

  4. Tok Syeikh berkata:

    Betul Ismail !!!,Ada pun Penguat Kuasa,kerja nya nak menghalau orang berkhemah dan mendirikan khemah sementara…Tapi bab Khurafat, lansung tak ambil tahu.Yang di sibok kan bila Pembesar nak melawat !!!, Bila Pembesar tak melawat…Gasak ler, apa nak jadi !!!Dasar mereka, hanya kerja untuk Pembesar !!!!.

  5. ismail said berkata:

    Tuan syeikh.
    Difahamkan dikomplex makam Sultanol Ariffin ada terdapat 7 makam. Mohon Tuan senaraikan makam siapa kah selain Sultanol Ariffin. seperti yg dijelaskan terdapat makam Pati Unus.. Yg selebih nya ?

  6. Tok Syeikh berkata:

    Sebenar nya, memang saya tidak akan Senaraikan kerana, Amanah dari Moyang saya !!!

  7. ismail said berkata:

    Salam.

    Terima kasih.

  8. balan berkata:

    batu bersurat yang ditingalkan di gunung ledang bukan ditingalkan oleh orang jawa kuno.mereka ialah orang beragama hindu dan tulisan itu sanskrit……………………………

  9. musafirkelana berkata:

    assalamualaikum wbt Tuan Syeikh,

    saya gembira bila dapat membaca kisah-kisah mengenai orang-orang alim. sangat mendamaikan. Guru saya pernah mengatakan ” orang alim itu umpama gula, kemana pun dia pasti di hurung semut” Satu masa dahulu, rupa-rupanya saya juga pernah menuduh orang-orang alim sebagai sesat kerana saya hanya melihat pada luaran. Hanya melihat kenapa mereka begitu taksub pada Guru mereka. MasyaAllah……..kini bila saya juga ditempat mereka, barulah yang saya tahu yang Guru mereka pula sangat taksub pada Allah dan rasulNya. Ampunkan ku Tuhan kerana aku lah yg sesat utu. Mengaku-ngaku ahli sunnah waljamaah tetapi sembahyang pun tidak 5 waktu dan tidak khusyuk. Sungguh dunia sufi sangat membingungkan tetapi sangat mendamaikan…….

  10. apolako berkata:

    Jika orang bertanya anda tak mahu mem,berikan jawapan nya …maka anda tidak lah memegang amanah Allah…anda lenbih mementing kan moyang anda….siapa dia??????

  11. Nur Syazwani berkata:

    Assalamualaikum. Boleh tak saya nak tau tentang cerita ” istana bunian ‘ dan “perigi di kaki pulau” ?

  12. asmah berkata:

    saya pernah mengunjungi pulau besar beberapa kali dan kali pertama mengunjungi pulau ini saya telah jatuh hati padanya.ada ketenangan disini.bukan misteri pulau yg saya cari tetapi keindahan alam yg allah beri pd pulau ini.agak lama juga x berkunjung kesana terasa rindu pula.sepanjang menyusuri pulau byk juga kejadian aneh yg saya alami tapi bagi saya itu semua rahsia allah.cuma sedih skrg pulau ini byk berlaku benda2 mungkar yg dilakukan oleh kaum kaffir ini.

  13. ucop ganu berkata:

    a.kum….kepada pembaca sedikit renungan dan iktibar. pulau besar ada lah pulau kerohanian bukan pulau berfoya foya. dan di situ juga tempat penyabungan sasilah tok neknek moyang yang di tinggal sejak zaman kezaman lamanya dn jugak tempat menerima ijazah dan watika dari alam gaib dari segi kebatingan dan juga dari segi zohir .disitu dua persimpangan jalan putih..dan jugak jln hitam kalau kita minta baik. baik lah dapatnya, kalau kita minta jahat jahat yg kita dapatnya. saya sudah 30tahun berulang alik di pulau besar banyak pengalaman dan pengetauan pulau besar….justru saya nasihatkan kepada pengujung yang baru hendak mengenali pulau besar. sebelum naiki bot azam kan niat aku pergi kepulau besar kerana allah taala dan permudahkan pejalanan aku dan lindungi aku dari pada apa2 musibah sepanjangan aku disitu. amaran…jangan sekali2 cakap takbur semasa berada di pulau itu..sepanjang kita berada di pulau besar ada yg memerhati setiap apa yg kita lakukan…dengan izin allah kita akan dapat apa2 yg kita tak sangka2 seandainya ada rezeki. kalau seseorg itu pergi kesana ada rezeki dah tentu dia akn terasa nk pergi lagi…pergi pertama kali adalah lah salam perkenalan namanya…banyak lagi ceritanya..hanya setakat ini lah dulu bicara kata tentang pulau besar.selamat maju jaya..saya doa kan kamu mendapat apa yg kamu cari amin.

  14. puteri berkata:

    betul ke pulau melaka itu berhantu?

  15. Noraishah berkata:

    Assalamualaikom.
    Jika ada pihak individu/yayasan yang bercadang untuk ambil alih pengurusan pulau besar keseluruhannya. Ke arah mana kah kita patut arahkan dgn prasarana yang sediada? Adakah paling sesuai untuk jadikan pulau pelancungan atau pulau bercirikan Islam ? Harap beri pendapat dan komen

Tinggalkan Jawapan kepada musafirkelana Batal balasan