Batu Damar Wulan



Tok Syeikh berkata
6 Julai 2010 pada 11.55p07

Di kenali dengan nama Batu Damar Wulan.Tempat sholat dan berehat bagi Pengeran Damar Wulan iaitu nama lain bagi Raden Abdul Qadir atau Pati Unus atau Sultan Ali Alam Akbar As Tsani.

Beliau SYAHID di Pulau Besar pada tahun 1521 M.Suami kepada Al SYAHID Syarifah Siti Zubaidah binti Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail,Pulau Besar.

Beliau juga suami kepada Raden Puteri Ratna Gumilah Sari atau Puteri Gunong Ledang binti Sultan Ali Alam Akbar Al Fatah.

Posted in Uncategorized | 3 Komen

Tasik Bunian Pulau Besar Melaka

Gambarfoto ini dirakamkan oleh Tuan Rahim (Karimon’s Blogger) ketika berseta ToK Syeikh Ke Pulau Besar Melaka 02 – 04 HB JULAI 2010.

Tok Syeikh berkata di Karimon’s Blog.
6 Julai 2010 pada 11.55p07

Ini lah dia Tasik Bunian,saudara Karimon tertulis dan mengatakan Kolam Nenek !!!.Karimon juga tidak memanggil ikan di Tasik Bunian ini,ada ribuan ikan yang jinak jika di panggil.Ikan mungkin tak datang, mungkin Karimon ada pakai BARANG,olih itu ikan pun takut datang !!!.

Posted in Uncategorized | 3 Komen

Ikan Duyung di Pulau Besar Melaka



Berikut adalah komentar mengenai penemuan Ikan Duyung para peserta EPDC berserta Tok Syeikh ke Pulau Besar Melaka dan pelayar di Karimon’s Blog .

Pendekar Sufi berkata
6 Julai 2010 pada 11.55p07

Assalamualaikum….

Memang luarbiasa dan hanya dapat disaksikan disini sahaja. Sesuatu yang dikatakan mitos tetapi kami menyaksikan dengan mata kepala sehingga kaum hawa tak mahu bergerak dari terus menunggu …..Disini juga , dibahagian atas kepala kami , 4 akar cenuai pasung hantu dan pengasih dihadiahkan kepada kami.

paduka berkata
6 Julai 2010 pada 11.55p07

Waalaikumusalam,aku ada jugak dengar cerita wak karimon tentang hal hang pa semuanya dapat pasung hantu,hang pa tak mau bagi aku satu ke.Dan apa yang hang pa semua nampak wak karimon pun ada cerita kat aku tapi bagi aku apa lah yang mustahilnya jika Allah swt nak tunjukkan kepada hang pa semua setidaknya kita semua insaf dan sedar betapa berkuasanya Allah swt dan betapa dia dikatakan maha pencipta.

Tok Syeikh berkata
6 Julai 2010 pada 11.55p07

Gua Yunus di nama kan sempena nama seorang Mubaligh,Pejuang dan Sultan iaitu Adipati Unus/Pati Unus/Pengeran Damar Wulan/Sultan Demak ke 2.Dihadapan gua ini ada batu hampar dan biasa nya tempat IKAN DUYUNG berkasih kasihan.Masa kami sampai seorang peserta melihat DUYUNG.Olih sebab terlalu ramai pelancong Hindu dan buat bising…Duyung lari ke tengah laut kerana takut kena TANGKAP !!!.Setelah pelancong Hindu beredar, RAJA DUYUNG…iaitu Saudara Pendekar pun memanggil duyung ketika suasana sepi..maka duyung pun datang.Hampir 2 jam duyung bermain..tetapi sayang nya gambar tak dapat di ambil…macam tau tau jer duyung itu !!!.Yang tukang ambil gambar pun bukan nya PROFISIONAL…AMATUR pun bukan…mana lah nak dapat ambil gambar…he…he…he…ada 4 kemera ginital…semua tak dapat ambil gambar Duyung berenang…kejap timbul dan kejap tengelam….Duyung hanya dapat di lihat…tapi tak dapat ambil gambar………dan memang anda tak akan dapat ambil gambar nya !!!kerana peserta nak lihat…bukan nak ambil gambar !!!

Tok Syeikh berkata
6 Julai 2010 pada 11.55p07

Asalam mualaikum Semua !!!Saya akan pergi lagi ke Pulau Besar pada tarikh 16,17 dan 18 Julai 10 kerana ada permintaan dari Penuntut Maktab Perguruaan di Melaka.Mereka berkehendak kan saya menjadi Guide mereka.Jika sesiapa berminat bolih ikut kami.Untuk Tuan Karimon…ini can baik untuk tambah kouta !!!he..he..he….Peserta semua perempuan….he…heeeeee.

Alam Tunggal berkata
6 Julai 2010 pada 11.55p07

Lupa plak nak nak tanya – siapa pemenang pertandingan “Duyung Darat” ya hehehehe
Balas

Posted in Uncategorized | 9 Komen

Sebahagian Peserta XPDC ke Pulau Besar Melaka berseta Tok Syeikh

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

XRDC ke Pulau Besar Melaka berserta Tok Syeikh dan Tuan Rahim



Tok Syeikh dari Rawatan 7 Puteri dengan kerjasama Karimon’s Blog telah mengadakan xpdc ke Pulau Besar Melaka pada tarikh 2,3 dan 4 Julai (3 hari 2 malam).Bayarannya adalah sebanyak RM100 bagi dewasa dan percuma bagi kanak2 dibawah 12 tahun. Kos ini adalah termasuk kos tambang naik bot pergi balik dan guide oleh TS sendiri, penginapan dan makan minum sendiri.TS akan memperkenalkan kepada kita sejarah Pulau Besar dan kita akan dibawa melawat ketempat yang mempunyai nilai sejarah dan disepanjang lawatan itu jika terdapat jenis2 herba maka TS akan menerangkan kepada kita akan khasiat serta kegunaannya.

Sila hubungi  Tok Syeikh Tel NO 0172095292 / 0147201103 / 0133601760 untuk keterangan lanjut

Asalam mualaikum sahabat semua !!!. Kita akan bergerak ke Pulau Besar mengikut cara di bawah:

TARIKH 02 JULAI 2010

Jam 1400 ..Berkumpul di Rumah saya Jam 1415 ..Taklimat ringkas…dan buat pembayaran.

Jam 1430 ..Bergerak ke Jeti Umbai

Jam 1500 ..Jangkaan sampai ke Jeti Umbai…dan bergerak ke dalam speed boat.

Jam 1515 ..Jangkaan sampai ke Pulau Besar. Jam 1530 ..Semua peserta buat khemah

Jam 1700 ..Pergi ke Makam Sultan Ariffin,Pati Unus,Maulana Ishaq,Raden Abu Bakar,Raden Abu Syahid,Syarifah Siti Zubaidah,Syarifah Siti Fatimah dan Syarifah Siti Maimunah.

Jam 1800 ..Balik ke tapak perkhemahan iaitu berhampiran dengan Perigi Nenek Musallamah.

Jam 2100 ..Sensi Rawatan jika ADA YANG SAKIT.

Jam 0200 ..Jika yang berminat,anda bolih pergi solat hajat,solat Istikarah ke Surau Datuk Ariffin.

TARIKH 03 JULAI 2010

10 Jam 0800..Sarapan Pagi Jam 0900..Bergerak ke Keramat Batu Belah,Batu Gajah,Perigi Bunian,Tasik Bunian…mandi..

Jam 1100..Bergerak pulang ke Tapak Perkhemahan. Jam 1400..Bergerak ke Makan Tok Putih dan Tok Janggut Acheh,Batu Belayar,Makam Nesan Satu.

Jam 1600..Balik ke Tapak Perkhemahan. Jam 1700..Rehat,dan jika ada peserta yang mahu ke Surau atau SHOPPING BARANG ANTIK,bolih lah pergi sendiri…warung barang antik, di hadapan komplek makam.

TARIKH 04 JULAI 2010

Jam 0800..Sarapan Pagi Jam 0900..Bergerak ke Gua Yunus,Keramat Ular,Keramat Tempayan Pecah,Gelanggang Silat Nenek Siti Fatimah,makam

Jam 1000,makam 7 beradek,Tapak Batu Damar Wulan.

Jam 1300..Balik ke Tapak Perkhemahan dan buat persiapan membuka khemah dan rehat,jika ada masa anda yang MUDA MUDA bolih pergi ke Batu Lesong,kerana air laut surut di jangka pada tengah hari !!!.

Jam 1700..Jangkaan Bergerak Pulang ke Daratan

Jam 1730..Jangkaan Ke Jeti Umbai…dan Peserta bergerak pulang ke Distinasi masing masing…..

PERUBATAN ISLAM 7 PUTERI MENGUCAPAKAN SELAMAT PERGI DAN SELAMAT KEMBALI…SEMUGA ANDA BERGEMBIRA SEMUA NYA..JIKA NAK PERGI LAGI KITA PERGI KE LAIN TARIKH DAN MASA JIKA DI PANJANG KAN UMUR,DI MURAH KAN REZEKI DAN DI SIHAT KAN BADAN…AMEEEN…YA RABBI !!!.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Batu Lesung Pulau Besar Melaka

Batu Lesung atau Batu Putih merupakan satu batu yang berbentuk seakan-akan lesung. Untuk sampai ke Batu Lesung, orang ramai perlu melalui kawasan batu karang ketika air laut surut. Manakala ketika air laut pasang, orang ramai perlu meredah air laut untuk sampai ke Batu Lesung ini. Ia terletak di tengah-tengah lautan.

Dikata bahawa pokok yang terdapat di tengah-tengah Batu Lesung tetap sama saiznya walaupun telah bertahun-tahun lamanya.

Posted in Uncategorized | 1 Komen

Keramat Ular Pulau Besar Melaka

Dipercayai keramat seorang wali Allah yang menjelma sebagai seekor ular sawa. Barang siapa yang bernasib baik, dipercayai akan berjumpa dengan wali Allah tersebut yang membawa guni berisi arang. Apabila sampai di rumah arang itu akan bertukar menjadi barang yang berharga. Di sekeliling kawasan keramat ular terdapat pokok pandan yang boleh digunakan untuk membuat tikar.

Posted in Uncategorized | 6 Komen

Batu Belah Pulau Besar Melaka



Sebuah batu besar setinggi 3 meter dan mempunyai rekahan di tengah-tengahnya selebar lebih kurang 35cm dengan kedalaman sejauh 1.5 meter ke dalam batu, adalah hasil dari belahan Panglima Lidah Hitam.

Ratusan tahun dahulu, sekumpulan pendekar dan pahlawan menunjukkan kehebatan ilmu masing-masing. Ada yang membelah dan menebang pokok besar dengan sekali cantas dan ada yang membelah bukit dengan sekali imbas dan bermacam-macam lagi. Sehingga pada suatu waktu seorang Panglima yang dikenali sebagai Panglima Lidah Hitam merasa tercabar dengan kekuatan kawan-kawannya itu. Beliau menghampiri batu besar tersebut dan menjelirkan lidahnya yang hitam itu lalu membelah batu tersebut.

Masyarakat kini datang ke tempat tersebut dengan membawa pelbagai hajat. Mereka akan masuk ke dalam batu tersebut dengan melalui bahu sebelah kiri dan berjalan secara mengiring kemudian apabila sampai di penghujung rekahan capailah dengan tangan kanan.

Posted in Uncategorized | 5 Komen

Pokok disula Pulau Besar Melaka

Menurut apa yang telah diceritakan, dahulu terdapat sepasang kekasih yang sedang bercengkerama di bawah pokok ini. Maka di atas ketelanjuran mereka itu, mereka telah ditangkap dan di sula dibawah pokok tersebut.

Jika diamati dengan teliti, kita akan dapati tangan kiri lelaki tersebut sedang memeluk pasangannya di bawah pokok tersebut.

Posted in Uncategorized | 2 Komen

Kubur Nenek Kebayan Pulau Besar



Sebuah makam lama yang dipercayai kubur Nenek Kebayan atau nama sebenarnya ialah Nenek Siti Fatimah. Jika sebut nenek kebayan orang akan mengaitkannya dengan pekerjaan beliau iaitu sebagai bidan kampung, penjual akar kayu, penjual bunga dan sebagainya.

Dipercayai kubur nenek kebayan ini mempunyai keanehannya iaitu sebahagian kepala batu nesannya adalah batu nisan perempuan manakala dibahagian kakinya adalah batu nisan lelaki.

Posted in Uncategorized | 12 Komen