Harta karun Kerajaan Melayu Melaka di telan laut

Flor de la Mar, Frol de la mar, atau Flor do Mar (Si Kuntum Laut) adalah kapal nau milik Portugis yang boleh menjangkau berat sehingga 400 tan, kapal ini direkodkan telah menyertai pelayaran lebih dari 9 tahun di Lautan India sehingga akhirnya dilaporkan karam pada November 1511. Kapal tersebut dibuat di Lisbon pada 1502. Pelayaran pertamanya adalah dibawah arahan pengemudian Estavao de Gama (abang kepada Vasco de Gama). Namun pada pelayaran kedua, kapal ini telah dibawa ke India oleh pihak Portugis pada tahun 1505. Pada pelayaran balik, ia telah belayar disekeliling pantai Tanjung Harapan sebelum kembali ke Mozambique untuk diperbaiki. Selepas dibaiki, Ia menyertai ekspedisi penjajahan Ormuz pada tahun 1507. Juga mengikuti ekspedisi pertempuran Diu pada tahun 1509, berjaya menawan Goa pada tahun 1510.

Kapal Flor de la Mar juga turut menjadi saksi tentang pelayaran Afonso de Albuquerque, apabila beliau kembali dalam kejayaan menawan kota Melaka pada 1511, dimana kapal tersebut dipenuhi dengan pelbagai barangan berharga dan harta yang melimpah ruah termasuk berdozen-dozen emas, tembikar, khazanah manuskrip yang dianggarkan bernilai berbillion-billion pound untuk Raja Portugis. Namun dalam pelayaran akhir tersebut, kapal ini telah karam dan tenggelam di Selat Melaka. Atas sebab itu kehilangannya terus menjadi misteri, dan hak empunya bangkai yang masih belum dijumpai masih kekal menjadi kontroversi. Replika kapal telah diwujudkan dan diabadikan sebagai rumah pameran untuk Muzium Maritim di Melaka, Malaysia sehingga ke hari ini.

Kapal karam

Walaupun sudah dianggap tidak selamat, Flor de la mar masih tetap digunakan sebagai salah satu kapal untuk menawan Melaka, yang ketika itu sebagai sebuah pelabuhan dan pusat perdagangan terulung pada kurun ke-15 di dunia di sebelah Nusantara. Dengan memberikan tanggungjawab yang besar untuk membawa kapasiti barangan melebihi had muatan, Afonso de Albuquerque mahu menghadiahkan harta rampasan dari Melaka kepada Raja Portugis ketika itu, Raja Manuel I. Kapal juga digunakan dalam pelayaran pulang, menjelang akhir tahun 1511, untuk mengangkut khazanah besar yang dihimpunkan dalam penaklukan Melaka serta hadiah dari Kerajaan Siam (Thailand) kepada Raja Portugal.

Apabila “Flor de la mar” belayar keluar dari Melaka dan mahu menuju ke Goa, yakni di persisir perairan Sumatera timur di Selat Melaka berdekatan negeri Pasé (Pasai), tanpa diduga, telah berlakunya ribut yang dahsyat, dengan panahan petir yang kuat yang menyebabkan laut bergelora di Selat Melaka, kapal digambarkan rosak teruk menyebabkan banyak barang rampasan musnah, dan ramai terkorban.[2]

Akibat dari kerakusan alam itu, kapal Flor de la mar tidak dapat bertahan lalu tenggelam dan karam di lautan berdekatan persisir pantai. Kejadian itu berlaku pada malam 20 November 1511. Walaubagaimanapun, laksamana Afonso de Albuquerque telah terselamat, tetapi masih dalam keadaan yang sukar, dengan hanya mengharapkan pertolongan rakit ubah suai ia cuba menyelamatkan diri, tetapi semua kargo bernilai berbilion-billion dolar hilang dalam sekelip mata.

“ “Tidak ada apa yang terselamat kecuali mahkota dan pedang emas dan cincin bertakhta batu delima yang disampaikan oleh Raja Siam kepada Raja D. Manuel. Antara yang hilang, Afonso de Albuquerque sangat berduka kebanyakan semua gelang yang dia telah temui di Naodabegea, yang dia mendapat anugerah kepujian untuk ditunjukkan kepada raja, dan empat (atau enam) singa gangsa dari Sultan Melaka yang dia berhasrat untuk menguburinya sendiri (membuangnya tidak mahu disimpan lagi)” ”

Flor de la Mar kini telah terkubur sehingga ke hari ini didasar laut tanpa siapa yang pasti kedudukan sebenarnya terletak dimana.

Kedudukan bangkai kapal masih terus menjadi kontroversi sehingga ke hari ini. Empunya pemilikan kapal juga masih terus menjadi kontroversi ada pihak yang menuding jari mengatakan bangkai kapal dan segala isinya termasuk limpahan hartanya masih tetap milik Portugis, ada pula mengatakan milik Malaysia kerana apabila kapal itu datang ke Melaka, ia kosong, rekod menunjukkan segala muatan kapal dan limpahan harta karun yang limpah ruah adalah milik kerajaan negeri Melaka yang dirampas Portugis. Indonesia pula mendakwa, laporan sejarah kapal karam menyatakan kedudukan relatif kapal karam itu jelas berada diperairan negaranya. Robert Marx, pencari harta karun Amerika berkata, dia telah menghabiskan 20 juta dollar Amerika dalam projek untuk membawa Flor de la mar ke permukaan. Menurutnya: Ia (Flor de la mar) ialah kapal kaya raya yang telah hilang di lautan, dengan ianya menampung 200 tong dipenuhi batu permata berharga, berlian dari saiz kecil setengah inci sehingga sebesar genggam manusia.”

Diantara harta Kerajaan Melayu Melaka menurut catatan yang terdapat dalam kapal tersebut adalah seperti berikut.

1. Perempuan perempuan penenun kain
2. Anak-anak perempuan Bangsawan Melaka (Tun Fatimah dikatakan turut diculik dan dibawa menaiki Kapal ini, tapi mati semasa kapal itu karam)
3. Tiang tiang Istana yang dihias dan dilepa dengan emas dan perak
4. Tandu gajah Sultan Melaka yang disepuh emas
5. 600 Tan Emas barang kemas
6. Meja berkaki emas 7. 7.Gelang Sakti Nakhoda Beego
8. 6 bijik Singa tembaga besar hadiah Maharaja Cina
9. Baju perisai perang berkain baldu, senjata, dan topi besi berhias indah
10. Baju2 berkain baldu dan sutera
11. Mangkuk mangkuk perak
12. 2 pasu besar
13. perabot2 indah…. 14. 200 kotak berlian, rubi, permata permata mahal

Hasil rampasan dari Istana Melaka dianggarkan sebanyak : … USD 3,000,000,000.00

Advertisement

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s