Siapa Tok Pasai ?

Makam Tok Pasai yang terletak di Kuala Kedah menjadi satu misteri kepada peminat sejarah tanah air. Makam tersebut dikategorikan sebagai makam purba sepertimana makam Sultan Muhiyuddin Mansur Syah di Pulau Langkawi Kedah Darul Aman. Untuk mengetahui siapa Tok Pasai saya mulakan dengan kisah Khalifah Syarif Abu Bakar Syah ibni Sultan Muhiyuddin Mansur Syah pernah memerentah di Toung Oo Burma. Toung Oo ialah bahasa Siam yang bermaksud, “Oh, Padang”. Disana baginda dikenali sebagai Maha Dammayaza dari bahasa Arab yang bermaksud ‘raja dari berlainan darah’. Toung Oo adalah sebahagian daripada Empayar Monggol ketika itu dan diperentah oleh Maharaja benua Islam Siam. Sila lihat peta “Empire of the Great Monggol” tahun 1744 dibawah.

Berikutan kemangkatan ayahanda baginda Sultan Muhiyuddin Mansor Syah dalam tahun 1758, Kerajaan Toung Oo telah diserang oleh Alaungphaya dari puak Sukuthai. Barangkali sebagai seorang raja yang muda dan tidak berpengalaman ketika itu, kerajaan Toung Oo tewas dan baginda bersama pengikutnya kembali ke Ayuthia di negeri Siam. Ayuthia pada ketika itu diperintah oleh Timbalan Yang Di Pertuan Agong bergelar Uthompon atau Sultan Muzaffar Syah ibni Sultan Ismail Jambu Patani. Dalam tahun 1765 Khalifah Sharif mengambil aleh tampok pemerentahan Ayuthia dan bergelar Suriyamarin, Boromoraja Ekathaat V.
Peralehan kuasa mungkin kerana Uthompon Sultan Muzaffar Syah memerentah dari Patani sedangkan musuh sudah semakin rapat dengan Ayuthia atau mungkin tempoh menjadi Timbalan Yang di Pertuan Agong sudah tamat. Ini kita tidak dapat pastikan. Namun begitu Hikayat Patani ada menyebut hubungan antara Patani dengan Kerajaan Ayuthia yang mana Sultan Mudzafar Shah sebagai berkata, “Apa bicara kita hendak pergi ke Ayuthia dan Peracau (Cau Pija, maksudnya maharaja) pun tak orang lain pada kita daripada sebuah negeri baiklah dua”. Maka sembah segala menteri, “Daulat Tuanku, Sebenarnya seperti titah Duli Tuanku Yang Maha Mulia itu supaya bertambah kebesaran Duli Syah Alam termasyhurlah segala negeri yang jauh.’ (Teeuw & Wyatt 1970, 155).

Dalam konteks diatas mengikut kefahaman saya, yang dimaksudkan Cau Phija dan Duli Syah Alam ialah Sultan Mahmud Syah yang merupakan adik ipar Sultan Muzaffar Syah. Sultan Mahmud berkahwin dengan Puteri Nang Kemuning adinda Sultan Muzaffar. Jika tahun diganjak ia mungkin juga Khalifah Sharif Abu bakar Syah (cucu Sultan mahmud) sementara Duli Tuanku Yang Maha Mulia ialah Uthompon Sultan Muzaffar Syah. Uthompon ialah bahasa Arab yang asalnya iala Qutubul. Sultan Khalifah Sharif Abu Bakar Syah berkahwin dengan Tengku Marin, puteri kepada Sultan Langkat. Paduka Seri Sultan Langkat pada ketika itu bernama Sultan Bendahara Raja Badi uz-Zaman ibni al-Marhum Raja Kahar. Maksud tak orang lain kepada kita ialah Uthompon Sultan Muzaffar Syah adalah datuk saudara Khalifah Sharif dan ayah saudara Sultan Muhiyuddin Mansur Syah.

Bonda Sultan Muhiyuddin Mansur Syah ibni Sultan Mahmud Syah ialah Tengku Siti Nur Aisyah Nang Kemuning merupakan adinda Sultan Muzaffar Syah ibni Sultan Ismail Jammu Patani. Anakanda Sultan Muzaffar Syah seorang sahaja dan dikenali dengan nama Sultan Patih Siam Jammu Patani. Anakanda Sultan Patih Siam pula ialah Sultan Salehuddin, seterusnya Sultan Zainal Abidin dan seterusnya Sultan Idris dan permaisurinya puteri Majapahit. Hanya seorang sahaja anakanda baginda berdua iaitu Raden Megat Tam Tunggal yang dibunuh dalam tahun musuh bisik 1821 dan makamnya berada di Tnjong Inggeris, Langgar.

Baginda Tok Pasai atau Sultan Bendahara Raja Badi uz-Zaman ibni al-Marhum Raja Kahar telah datang menghadiri majlis perkahwinan di raja di Kota Kuala Kedah dalam tahun musuh bisik 1821 dan telah syahid di lautan Kuala Kedah. Kapal yang di naikki baginda telah tenggelam di bedil di Kuala Kedah, dan mayat baginda timbul semula sejurus kemudian lalu dikebumikan oleh pengikut baginda di Kuala Kedah. Makam inilah yang mana hari ini dikenali sebagai Makam Tok Pasai. Disekeliling makam ini terdapat kubur-kubur mereka yang syahid namun telah di musnahkan oleh pihak tertentu. Cubaan pihak berkuasa tempatan dimasa lalu untuk mengubah makam Tok Pasai menemui jalan buntu, mungkin sebagai khazanah peninggalan untuk kita tatapi pada hari ini. Catatan salasilah Langkat yang saya ringkaskan adalah seperti berikut,

17xx – 1821 Y.A.M. Sultan Bendahara Raja Badi uz-Zaman ibni al-Marhum Raja Kahar, Raja of Langkat. He had issue four sons:

•1) Y.A.M. Raja Hitam ibni al-Marhum Sultan Bendahara Raja Badi uz-Zaman [Kejeruan Tua], Raja of Langkat.

•2) Y.M. Raja Wan Jabar. Wakil of Selesai.

•3) Y.M. Raja Shahdan. Wakil of Pungai.

•4) Y.M. Raja Indra Bongsu. Wakil of Kota Dalam. several wives,

•5) Y.M. Tengku Marin, a daughter

•6) Y.M. Tengku Pandei, of Kejuruan Tindal,a daughter.

Mengikut catatan Tunku Nai Long Kasim dan Tuanku Nai Long Jaafar, makam Tunku Marin permaisuri kepada Khalifah Sharif ini yang terletak di Kedah dikenali sebagai Keramat Tok Jame (lihat gambar).Baginda turut terbunuh di istana Kota Meang Kuang dalam tahun musuh bisik 1821.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

7 Responses to Siapa Tok Pasai ?

  1. pakcikli00 says:

    Asalamualaikum

    Dibawah ini salinan komentar Tok Syekh mengenai intri ini diweblog Sejarah Hang Tuah yang telah dilupuskan:

    Tok Syeikh berkata

    7 Disember 2010 pada 8:10 pm e

    Haah Kak Mona, apa lagi…Paklioo ini memang seorang yang membaca dan Pengkaji Sejarah !!!.Link kan sahaja dan anda dapat Nasab keturunan anda !!!.Tapi sayang Negeri nya kena minta Raja Thailand.Ada 7 negeri Melayu yang di bawah Thailand sekarang, menjadikan 4 Wilayah iaitu

    1. Patani
    2. Nongchik
    3.Jalor/Yala
    4.Teluban
    5.Legeh/Range
    6.Reman…..Ulu Perak.
    7.Jambu

    Menjadikan 4 Wilayah di satukan iaitu :
    1.Patani,Nongchik dan Jambu.
    2.Yala dan Reman
    3.Teluban
    4.Legeh menjadi Bangnara …dan menjadi Narathiwat.

    Wilayah ini di satukan pada tahun 1906 M.Sebab itu lah saya katakan memang dasar Penjajah…memfaraid kan Negera Islam, macam cerita P.Ramli….satu untuk engkau, satu untuk aku…2 untuk engkau, 2 untuk aku….3 untuk engkau dan 3 untuk aku….Yang Melayu nya hanya lah tinggal gigi dan gusi !!!.Hilang kan PHD(Pingat Hasad Dengki), dihati anda supaya ANDA tidak di jajah lagi !!!.Berlaku jujur pada diri sendiri dan orang lain, Barulah Allah swt berikan Taufik dan Hidayat nya.Orang Melayu mesti kembali pada Islam jika mahu menjadi KUASA BESAR SEKALI LAGI !!!!

  2. Assalaamualaikum wbrkth,
    Hai, dah pecah tembelang pula tentang diri ni. habis nama pula dah tahu ni? tak best lah.

    OK Pak cik Li, Tok Sheikh dan Pak cik Li, boleh kut tolong teman ni. Dari Pak Cik Li boleh dapat tahu nasab teman, tapi tentang negeri tu – jom lah kita pi mengadap Tok Siam tu kita minta balik. Surat wasiat untuk orang Petani tu tolong bayar cukai pun ada tok Nek Mat tinggalkan kat orang disitu. Salinan yang ayah simpan dah hilang. Ada banyak tau – ladang garam lagi pun ada. heheheheheheheheheheh, Ha tu hat yang ada kat Langkat tu, pun kita pi kawat mintak juga sikit. Hak tok Pasai mesti ada kena bagi kat anak2 dia yang dua orang yang dia bawa mai Kedah tu – cuma nama dah jadi nama lain sebab dia dah buang gelaran Tengku dan Raja tu, tinggal “pasai dogol keramat hidup” je. Jika tidak diri ni pun TENGKU lah juga kan??? Pasai ke Dogol ke Saad ke ayah – jadi line lelaki lah katakan. eh wah eh wah – macam lah Tok Sheikh dan Mak sheikh tu Radin dan Radin Sharifah …. kan. Tok nek pompuan kak kan Sharifah juga kerana ayahnya Syed dan ulama sekali gus juga. Tengku M Dogol + T Sharifah A dapat tokwan.

    hehehehehe, bukan lah nak pi rebut balik – cuma nak tahu akar umbi dengan sahih je, Pak cik Li dan tok Sheikh sayang kak.

    Cuma yang pening kepala ni, Tok Su Mariam (Halus) kata “Tok wan dia tu iaitu tok Pasai” masih hidup sampai ayah dia iaitu Tok Mat dogol kahwin dengan T Sharifah Aminah tu. Makna kata Tok pasai tak mati pada tahun 1821, mungkin itu mayat anak tok pasai iaitu Raja Hitam. kerana Tok pasai balik ke Deli pi ambil anaknya untuk datang berperang sekali membantu Sultan Kedah. Raja Hitam yang dikatakan telah lari keDeli setelah digulingkan oleh anak saudaranya Raja Ahmad and kepada Raja Indra Bongsu tu pada tahun 1818, dan dikatakan telah mati pada 1822 diDeli semasa pemberontakan rakyat Deli berlaku. Sebenarnya tok pasai pi jemput Raja Hitam disitu, dan datang kembali kekedah, tetapi telah dituliskan sebagai datang nak makan kenduri, padahal tok Pasai dah lama duduk diKedah menjaga pintu Kuala Kedah tu. Mungkin tok pasai mati ketika perang tahun 1835 tapi yang nyata umur tok pasai masa meninggal ialah 165 atau 160 tahun paling minima, tapi semasa hidupnya beliau nampak muda dan kacak lagi dan segar. Tok Pasai naik takhta masa umur nya masih budak lagi, setelah ayahnya Raja Kahar meninggal. Dihisabkan jika ia dilahirkan dala 1714, dia naik takhta ketika umur 10 tahun, dan dia mati masa umur 160 atau 165 tahun jadi 1714 + 160 = 1874; jika 1714 + 165 = 1879. jadi kita anggarkan beliau mati masa 1876 semasa Siam menakluk Kedah dan menyembelih habis orang2 tertentu yang mereka takuti. Tok Mat meninggal semasa pemerintahan Jepun pada umurnya 128 tahun. Ayah saya berumur lebih kurang sepuluh tahun masa tu. Jadi Tok Mat lahir dalam 1943-128 = 1815 = betul lah sebab Tok Su Mariam kata beza umur Tok Pasai dengan Tok Mat anaknya ialah 100 tahun.

    Tok Pasai punya story ni memang pening kepala, tarikh kematian nya memang lah berbeza, Mungkin yang mati masa 1821 tu anaknya Raja Hitam,

    Kedua, saya ingin nak cari nama ibu kepada tok pasai tu iaitu isteri kepada Raja Kahar. Ibu kepada Raja Kahar iaitu isteri kepada Raja Indra Sakti atau Raja Dewa Sakti, nak cari siapa nama PANGLIMA DEWA SHAHDAN yang sebenar, dan anak sapa dia tu. kiranya pakcik li ada cerita tentang Langkat atau mana2 negeri yang keluarga ni berasal tolong lah berikan saya. Saya rndu sangat, tak terubat rasanya lagi tak tau semua tu.
    Yang sebelah isteri Tok Mat dah ada lengkap cumanya nak kena masukkan nama kita orang dalam salasilah tu je. Yang tu tak susah sebab keluarga tu memang senang nak cari. Sampai ke paling atas dah ada kat saya. Jangan terkejut pula no, kalau Tok Sheikh ada tiga kertas kajang penuh salah silah, kita pun ada tak tau berapa keping kertas kajang tu jika ditulis keatas kertas kajang.

    Di Aceh tu ada Sayid Al Kahhar, dan tahunya lebih kurang juga, mungkinkah Al Kahhar tu raja Kahhar?? Tapi mana dia nama ayah nya Raja Indra Sakti tu?? Mesti lah nama lain digunakan.

    Tok Pasai cucucicit Hang Tuah, tapi mai kut mana ye Pak cik Li?? Hang Tuah kan kah jadi Raja Aceh pada 1607-1636?? Panglima Dewa Shahdan a millitary commander from Delhi ke Deli membuka dan membebaskan Langkat dari Deli dalam tahun 1669/70, dan beliau meninggal setelah mengistiharkan kemerdekaadn Langkat. Digantikanoleh anaknya Raja Indra Sakti atau Raja Dewa Sakti. Kemudian digantikan oleh anak Indra Sakti iaitu Raja Kahar. cerita tu saya tahu dah , tapi nama sebenar mereka yang saya nak tahu. Masa kecil2 saya aruah Tok sebelah ibu say, selalu tolong cerita juga pasal tok moyang saya ni, katanya mereka ni asal dari Sumatra, jadi yang ada disini hanyalah dari line Tok Mat dan Tok Din je. Masa tu saya selalu bermimpikan Hang Tuah datang kepada saya dengan tanjaknya handsome sekali, dia teramat baik terhadap saya seolah2 saya ni cucu cicit yang disayanginya, dan ada beberapa tokoh lagi yang saya bermimpi …. saya tanya arwah tok saya, dia kata mungkin ada hubungan dengan mereka tu diperingkat tok2 moyang dulu2. Tapi masa tu kan nya kita teringat nak buat salahsilah tu betul2.
    Saya juga nak tahu tentng Datuk Mohd Ali anak Langkawi yang membantu Tengku Muhammad Din bagi mendapatkan ahli2 perang hingga keMajapahit dan Sumatra, dan berjaya dikumpulkan 5,000 orang dalam tahun 1821 tu. Beliau dikatakan mati berperang dilaut pada 1821 tu. itu adalah Tok wan kepada arwah tok saya belah ibu – besar kemungkinan orang yang sama yang tok selalu ceritakan tentang tokwan dia tu – “”tok wan tok tu sejak balik dari berkhidmat dengan Raja Melayu Siam di dekat Bangkok tu, dia dikurniakan satu kawasan disimpang empat untuk beliau empat beradik (mereka pulang empat beradik setelah Ayuthia ditumpaskan, selepas tu beliau tak pernah lekat dirumah lama2 asyik sibuk mencari orang untuk berperang dengan orang Thai kafir tu, dia pi sampai Jawa, sumatra dan seluruh Malaya nak himpun orang berperang.Dia tu jadi kepala perang bantu anak raja Kedah”” Anaknya Hassan balik keLangkawi dan meninggal diLangkawi. Anak Hassan, tok saya lah. Itulah cerita saya, nampaknya keluarga diatas saya dulu2 tu kepala perang dan ulama dan Sheikh, agaknya kalau saya lelaki saya juga nanti mungkin jadi kepala perang juga ke?? hehehehehehehehe ataupun Sheikhah????
    saya tak reti apa2 …. nak kena belajar dengan tok pak sheikh wali semua juga kan??? jangan marah no, saya letih otak ni, naka relaks sikit bersembang dengan tuan2 kalian.
    Kalau tak suka baca jangan baca. saya ni sunyi lah. tapi dah mula sibuk tak dan nak buka web ni hari2 pun. malam ni nak relak sikit.
    Pakcik Li tolong kak ye??

  3. pakcikli00 says:

    Waalaikumusalam

    Kak Mona, diweblog Sejarah Hang Tuah jika tak silap saya ada hantar intri berkenaan Hang Tuah lari ke hulu Perak. Sebenarnya perkerjaan menyusun kembali salasilah ini memerlukan, masa, tenaga, pengorbanan dan kesabaran. Jika Kak Mona perhatikan saya mengendalikan ( admin ) lebih daripada 20 weblog yang tak termasuk lagi website. Setiap hari saya perlu menghantar intri dan mencari bahan untuk dijadikan intri. Saya harap Kak Mona turut membantu kami menyusun pelbagai ilmu pengetahuan di weblog untuk memudahkan kita dan sesiapa sahaja yang memerlukannya menjadikannya rujukan. Insyaalah saya berusaha membantu, mudah mudahan.

    Wasalam.

    • Mai says:

      Assalaamualaikum yaa insan yang dimuliakan saudara atau adinda “pakcik Li”

      Bertemu kembali kita seltelah sekian lama kak menyepi. Bukan apa, kerana masa telah merebut kak dari menjenguk ke web ini. sibuk dengan study.

      Minggu ni kak nak balik ke Kedah, hajat dihati nak ziarah mawam tok moyang, insyaallah, minta diizinkan Allah. Arwah Tok su, and Tenfku Syarifah Aminah + tok Mat telah lama dulu memberitahu saya maqam ibu saudaranya berada di kampung dekat Jitra, dekat dengan istana Kota Mengkuang juga, saya hampir dah nak menziarah maqam tu dulu, tetapi nak masuk tak boleh kerana ada kenduri dan sekali lagi ada accident. lepas tu bekas suami kak enggan bawa kak pergi dah. Maqam Tengku Suria Marin (iaitu kakak kepada Tok Mat, juga ibu saudara kepada tok Su. Beliau=Tok su itu, selalu dibawa menziarah maqam itu semasa hayat ayahnya danibunya) yang dkatakan ada di Tanjung Inggeris, sebenarnya disembunyikan di Kampung dekat dengan istana Kota Mengkuang juga. Kak nak Pergi ziarah mawam Tok Pasai sekali, dan maqam tok nek kak iaaitu Tok Mat dan TS Aminah lah di Jeram. Nak cari maqam tok Din Kearamat Hidup kat gelong, jika boleh kesempatan. Cuma maqam YTM Syed Ahmad agak susah, kerana berada didalam kawasan istana Arau. Dulu, arwah Tok Su dah janji nak bawa pi masuk ke istana tu, bekas suami buat hal dia, masa tu kak slipped disc lumbar 4-5, tak boleh bawa kereta.

      Sepanjang 1995 second half hingga ke1996 kak tak boleh berjalan sendiri. lepas tu hujung 1996 tok su meninggal.

      Macam mana nak masuk istana perlis nak ziarah maqam tu ye?? nanti dia orang halau tak? belum sempat buka mulut dah kena apaapa tah nanti??

      Kak tengku tu pun, dah diam je sejak kak minta dia tolong dapatkan temujanji nak jumpa Ssultan Kedah. sebelum tu dia amat baik terhadap kak bila dia tahu kak ni cicit T.S. Aminah, “tak jauh lah kalau gitu” katanya, sebab dia panggil ibu saudara kepada T.S. Aminah katanya. la ni tak tau lah kak pun dah hilang sim card yang ada nama dia tu. nanti balik ni nak cuba contact dia lagi sekali. hari tu dia nak bawa pi ziarah maqam Daeng Prani di sidam kiri, sebab Tok Daeng tu pun tok moyang kakak juga – tok Su pesan berkali2 suruh pi ziarah atau singgah tengok bila2 je lalau kut Sidam nak pi Kulim tu. Tapi bekas suami tak mau, nak bua tmacam mana. la ni sorang2 baru mula nak cari balik apa yang dipesan dan diamanahkan. tok su kata dia dapat “arahan” tok moyang suruh “tinggal amanah” pada kak untuk cari salasilah ni, jika tidak “habis terputus” katanya. hanya kak je yang boleh di bergantung harapkan kata moyang yang berpesan kepadanya itu. kak nak tolong pakcikli dengan sejarah kita ni, memang nak sangat. tapi kak tak tau banyak lagi, takat yang kak ingat toksu dan tok belah ibu cerita, toknek belah ibu cerita, kak boleh lah tolongkan. tapi kita kena lah duk semeja kan. macam mana nak jumpa, kenal tidak, tau duk dimana pun tidak. nanti kak mula kerja kat Nilai 3-5-2011. cuti Ahad je, ada kelas pula hari Ahad tu. banyak assignment dalam masa tu hingga hujung july. 30th july – 14 aaugust exam pula. kalau nak jumpa lepas kak balik dari Kedah nanti boleh lah, seblum kerja. 25hb May ke?

    • Salam dik Pakcikli00,

      boleh ke bagi alamat dan phone number, Kak dah mendapat khabaran yang pasti yang mana Sebelah tok Pasai tu keturunan dari Al hassan sepertimana kata Tok Sheikh dan ianya Tok pasai adalah cucu cicit Tok Tuah juga yang mana dikatakan oleh Tok Sheikh hari tu dan diperakui oleh cara “Ghaib oleh Tok Tuah sendiri” kepada Pendekar Sufi semasa kak dirumah dia buat kali pertama sihujung tahun 2010. Juga oleh mimpi2 kaka sejak kecil. Juga Tok Jebat. Tapi mai kut mana anak Jebat lelaki kahwin dengan anak Tok Tuah (Tok Sheikh membuat andaian lah) – Tapi, Tok Raja ?Thanaudin/Thakiaudin? = Adi Putera (yang hidup dialam Ghaib tu) sendiri mengubati kakak sepanjang tahun dari hujung tahun 2007, hujung tahun 2009, 2010, yang memberikan selawat munajatnya kepada kak dengan tangan dia sendiri. Dan semasa kak lumpuh dalam tahun 1998 “orang Ghaib” telah memulihkan kak dari lumpuh tu denganmenarik = reduction danorng itu ialah Sheikh Abdul Qadir jailani sendiri, dan sekali lagi beliau juga yang membuangkan Jins yang terrible dari kak pada 19-10-2011 dirumah Sheikh Dr Ismail semasa zikirselawat dan maulid Nabi dilakukan. Kegatangan Sheikh itu disakasikanoleh salah sorang jemaah sheikh yang dibukakan hijabnya untuk melihat siapa kak. Dan Rasulullah datang membuka hijab kepada jemaah itu pada 14 -10-2011 semasa kita orang berselawat nabi di rumah saorang Datin diSubang. Jemaah ini memang terlah dibantu oleh Nabi Muhammad semasa belaiu diMadinah seblum itu. jadi dia kenal. Rasulullah memberitahunya yang kak ni adalah keturunannya dan membuka mata hati nya bagi melihat didalam dirikakak yang sebenar. Disamping itu ada dua tiga oranglagi memerkukuhkannya. maksud kakak sekarang ialah kakkena lahmengkaji salasialh itu. hari tu kak takberapa sihat nak terputus hubungan denganpakcikli00. tapi kini dah terjumpa kemabali, kak sudi menerima pelawaan pakdikli00 untuk kita sama2 kaji conncetion tu. kakak cuma nak pastikan yan gPanglima Dewa Shadantu adalah sama dengan Panglima Agung = Tengku Alang iskandar. Kerana dia datang dalam meditasi kak mengatakan dia lah panglima Agung itu dan Dr Kasmah Misran juga tanpa kak memberitahunya siapa yan gkak jumpa didalam visionkak tu, terus memberitahu kak “kak Maimunah, tak heran dia datang kepada kak keran dia adalah moyang kakak yang kakak sedang cari Siapa kah orang yang bergelar dengangelaran Panglima diatas tu. itulah dia orangnya”. Kalau Panglima Agung = Panglima Dewa Shahdan, memanglah tepat dengan tarikh dan karekor nya – jadi kak dah dapt lah salasilah lin eitu sampai ke Al Hassan. Cuma kak nak minta bantuan mencari Hang Tuah,hang Jebat dan Adi Putera, – oh ya Anak Adi Puetra Dang Melor berkahwin dengan hang Tuah. kemudian SultanAbdullah ayahanda nya Alang Iskandar berkahwin dengan Puteri Aceh, dapatlah Alang slandar. Tetapi Puteri Aeh tu adalah anak kepada Hang Tuah semasa beliau menjadi Iskandar Mahkota Alam diAceh- itu yang dilapurkanoleh Sang Tawal masa tahun 2009 dahulu (Tok Pasai ialah cucu Hang Tuah dari isterinya yang Puteri ACeh itu) -( maksud cucu disini tak mestinya lah cucu direct mungkin cuiet mungkin anak kepda cuet nya). kesimpulannya : Hang Tuah + Puteri Aceh = anaknya Puteri. Puteri tu +Sultan Abdullah = Tengku Alang Iskandar = Panglima Agung = Panglima Dewa Shahdan (yang telah berkelana samapi keIran dan menolong Raja disana thenon the way back singgah rata2 jadi commander perang)/ Panglima Agung memang berkahwin dengan Puteri Bugis =Daeng Ratna ?Sari ke Dewi ke, juga dengananak Temenggung Johor – Juga puteri Bunian laut dan Puteri Bunian Darat. Lepas tu dapat Raja Indera Sakti – (diPerak juga ada orang yang kata dia ketrunan Raja Indera Sakti yang boleh Ghaib tu). Indera sakti berkahwin pula dengan siapa?? – dapat ke[ada Raja Al Kahhar. Raja Al Kahhar berkahwin dengan Siapa?? = dapat kepada Raja Badiuzzaman= Tok Pasai. DiLangkat Tok pasai diketahui ada 6 anaknya. Tetapi semasa beliau membawa diri kePetani beliau berkahwin lagi dengan kerabat diPetani pada masa umurnya 100 tahun tetapi beliau masih kuat cergas dan awet muda. Dari situ dapatlah Tok Nek saya Ahamd ke Muhammad =Tok Mat. Tok pasai tak mati pada tahun 1821 seperti yang diakatakan itu. tetapi mungkin didalam peperangan bisik yang berikutnya didalam tahun 1856 atau lebih. kerana Tok Su saya yangmenceritakan Tok pasai meninggal pada umurnya 160-165 tahun, selepas beberapa tahun anaknya Tok mat berkahwin.. Dan dimakam nya diKuala Kedah telah menulis Tok Pasai menjalani kehidupan diKuala Kedah bermual dari tahun 1944 sehingga beberapa tahun yang lama juga selepas itu.jadikita join kan sekali: Cakapan Tok Su kak uiaitu cucu belaiu, diambil dari ibunya sendiri = menantu Tok Pasai secara tersembunyi dengan jani takboleh dobocorkan sehingga diberithau kelak, dari catatan diMakamnya dan dari perkahwinan anaknya Tok mat itu keran dia yang menguruskannya sendiri. Tok Mat meninggal pada tahun 1943 dizaman Jepun ditembak curi semasa tengah makan malam – itulah satu2nya masa dimana peluru atau tikaman bolen menmbusinya (masa lain peluru melantun balik keris akan bengkok atau patah sama juga dengan pedang). Umurnya masa meninggal ialah melebihi 100 tahun.Ditolak balik menjadi tahun kelahirannya ialah 1844hanM. bermakna betullah kerana Tok Su kata Tok Pasai bawa dirike Kedah setelah kematian isterinya yang amat muda itu dengan meninggalkan anak didalam pantang. Dari makamnya tercatit belaiu berhijrah kekedah pada tahun 1944M (anaknya Ahmad masih didalam pantang). Tok Su kata Tok Pasai lah yang menjaga Pintu Kuala Kedah – keluar masuk angatan perang. Bayi yang masih kecil dijaga oleh Puterinya sendiri iaitu Tengku Suria Marin semasa beliau bertugas. Tok mat besar didalam Istana sebagai kerabat yang tidak rasmi kerana namanya tiada awalan Tengku atau Syed. Tok nek Mat berkahwin dengan tok Syarifah Aminah , Tok Mat berumur masuk 40 tahun dah. atau 40 tahun lebih tua dari Tengku Syarifah Aminah. lambat kahwin sebab dia asyik mengikut ayahnya berperang dan mempelajari ilmu dan lainlain hal keagamaan. Isterinya jauh lebih muda darinya. Sebab itu Tok Nek mat dan Syarifah Aminah pernah tinggal bersama didalam Istana Kota Mengkuang, sehingga allah memfirasatkan kepada beliau untuk berpindah tinggal sebagai petani dan tok Guru Silat dan Guru Agama juga diMukim Jeram, tinggal sebagai orang kampung jadi ketua kampung yang diBukanya sendiri diatas pengurniaan Sultan masa itu. Sampai saya berumur 12 tahun dahulu, hampir keseluruhan Mukim Jeram itu adalah kebanyakan keturunnannya, atau pupu poyangnya. Tetapi cucu-cucunya dari Tok Wan saya semuanya masih berkumpul disitu. Saya pun tak tau apa harus say buat dengan hasil penemuan ini – saya diamanhakan suruh cari, saya dah cari. lebih dari itu apa yang boleh saya buat lagi?? Ada kerabat diraja Kedah yang memberi pengakuan yang benar Tengku Syarifah Aminah itu dari Keluarga diraja Perlis +Kedah. “Kalau begitu tak jauh la kita ” – tetpi setakat itu je, bila kak nak minta tolong untuk dapatkan maklumat ibu kepada Syarifah Aminah, dah terus diam. Saya pernah mnziarahi Makam Sultan Abdul Hamid dan membelek2nya namanya – masa berumur 14 tahun, tetapi apabila saya melangkah jauh dari makam itu seorang budak tiba jatuh pengsan kerana menziarahi Makam itu. Kami telah diberi amaran jangan mendekati makam yang satu itu – tetapi saya tanpa sebarang perasaan melawan cakap tetapi atas desakan hati suruh pergi juga – saya innocently pergi juga dan membaca dan menghadiahkan Fatehah. Jawapan budak itu ialah, “saya tengok dia boleh pergi saya pergilah” bila dia dah disedarkan dengan pemulihan oleh penjaga makam. kata Tok Su saya, “kamu cucu cicit dia jadi tak mengapalah, walaupun kamu tak tau dia tu sapa dengankamu tetai dia tahu kamu tu cucu cicit dia”. Jai kini apa harus saya buat. macam na nak filekan salasilah ni. saya buntu. Takut dikata pa pula nanti. Saya tak mau dikatakan apa2. cuma itu dah diarahkan kepada saya oleh Tok nek Syarifah Aminah agar mencari akar umbi saya, agar tidak putus. boleh kah Pakciklii00 tolong saya dengan maklumat ini? terimakasih.

  4. Tok Syeikh says:

    Saya tidak percaya Hang Tuah ,menjadi Raja Acheh kerana perbezaan tahun nya cukup lama…hampir 200 tahun.Pormula nya senang sahaja !!!.Hang Tuah memang wafat kerana jika beliau hidup :
    1.Kenapa kah beliau tidak membantu Melaka pada 1509 dan 1511 M.
    2.Empayar Melaka beliau lah dan Tun Perak ASAS kan, bagaimana pula beliau Tidak Mempertahan kan nya.Anak Admiral Alfonso ada menulis buku dan menulis begini “Kami menunggu bila Laksamane Huwang Tuwah,tiada baru kami serang Melaka “.Dan ini juga membenar kan bahawa Hang Tuah sudah wafat.
    3.Hang Tuah ada 2 orang Menantu yang berjawatan Laksamana.
    1.Laksamana Khoja Hasan…di pecat dan terus ke Turki…belajar buat meriam canggih,telibat dengan Perang Menaklok Constatinopel/Istanbul.
    2.Laksamana Hang Nadim bin Hang Jebat…beliau lah yang bermati matian mempertahan kan Melaka…Jika Hang Tuah Hidop lagi KEMANA KAH PERGI NYA…Perak bukan jauh., tidak kah beliau tidak tahu, Melaka di kepong selama 7 bulan ?????.
    Sebab itu lah pada saya, Hang Tuah telah WAFAT, pada tahun 1507/8 M dan telah tertulis di dalam Sulalatus Salatin di mana Makam nya !!!!.

  5. Drs.H.Muhammad Idrus says:

    salam kepada yg menjadi keturunan raja Badiulzaman@Tok Pasai korban musuh bisik 1821 sila hubungi saya di talian 0102727275 atau 0162444270 sbb saya juga anak langkat bahwa Dtuk kepada Datuk sy bernama Muhammad Mustafa@Datu Panglima Seri handalan langkat.
    Saya yakin banyak berita yg bisa dikongsikan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s