Makam Hang Nadim (anak Hang Jebat) di Pulau Besar Melaka

RIWAYAT HIDUP LAKSAMANA HANG NADIM (1436-1556 MASEHI)

Nama asal beliau ialah Hang Nadim,di lahir kan pada tahun 1536 M di Pulau Besar. Bapa nya ialah Hang Jebat, seorang Panglima Sultan Mansor Syah. Hang Jebat ialah Datok Bentara Kanan. Ibu beliau Dang Wangi atau Dang Baru atau Dang Inangsih binti Sayyid Thanaudin. Setelah bapa nya di bunoh, ibu nya melarikan diri ke tempat datuk nya iaitu Pulau Besar. Harus kita ingat penduduk Pulau Itu banyak yang berketurunan Sayyid Thanaudin dan Maulana Ishaq. Setelah Sayyid Thanauddin membuka Pulau ini pada tahun 1420 M, Pulau Besar amat terkenal menjadi Pusat Kesufian Islam. Banyak Ulama dari Pasai dan Kelantan / Cermin Jeddah datang. Pada tahun 1495 M rombongan Ulama Pasai yang di ketuai Maulana Ishaq atau Maulana Yusof dan Sayyid Ismail datang ke pulau itu. Rombongan ini berjumlah 46 orang,iaitu terdiri 6 orang perempuan dan 40 orang lelaki,kebanyakan nya adalah Ulama.

Setelah lahir Hang Nadim, beliau di serah kan kepada Hang Tuah untuk di didik. Anak yatim ini di didik olih Hang Tuah seperti anak nya sendiri. Hang Tuah juga ada anak lelaki iaitu Tun Biajid dan Tun Guna. Ketiga mereka ini di didik dengan ilmu ugama dan ilmu persilatan. Pondok Pesantren waktu itu di Upih dan Pulau Besar. Mereka di hantar ke Pulau Besar. Waktu itu Sayyid Thanaudin masih hidup lagi. Sayyid Thanauddin wafat pada tahun 1510 M dan makam nya ada di Pulau Besar. Setelah dewasa Hang Nadim di kawinkan dengan Tun Mas Jiwa bin Hang Tuah. Laksamana Hang Tuah masih menjadi Laksamana Melaka. Setelah Laksamana Hang Tuah “Hilang”, jawatan Laksamana di serah kan kepada Laksamana Khoja Hasan. Khoja Hasan sebelum itu berjawatan Temenggung. Setelah Khoja Hasan menjadi Laksamana,j awatan Temenggung di berikan kepada Temenggung Tun Hasan bin Tun Mutahir.

Pada tahun 1510 m satu peristiwa yang dahsyat berlaku. Atas kianat orang Tamil Muslim terjadi lah Pembunohan 4 orang Pembesar Melaka iaitu;

1.Bendahara Tun Mutahir…Bendahara

2.Temenggung Tun Hasan …anak Bendahara

3.Tun Ali …menantu,anak saudara Bendahara

4.Seri Nara DiRaja…Abang Bendahara dan besan Bendahara

Selepas peristiwa ini Laksamana Khoja Hasan di PERSALAH kan kerana Tidak Siasat hal yang sebenar !!!.Itu lah manusia, sendiri punya salah, orang pula yang KENA !!!. Laksamana Khoja Hasan Dipecat dan di halau dari Melaka. Laksamana Khoja Hasan balik ke Pasai dan menuntut lagi ilmu ugama. Beliau ialah anak Ulama yang mentafsir kan kitab Daru’il Mazlum iaitu Maulana Sayyid Ibrahim Patakan Ismail bin Maulana Sayyid Barkat Nurul Alam bin Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra. Maulana Sayyid Patakan Ibrahim Ismail ialah bapa kepada Maulana Malik Ibrahim….satu lagi rahsia aku buka !!!.Maulana Malik Ibrahim ialah KETUA WALI SONGHO. Dan di kenali juga dengan SUNAN MAGHRIB. Nama sebenar Laksamana Khoja Hasan ialah Maulana Sayyid Fadillah. Kemudian hari kelak beliau lah yang menewas kan Portugis dan membuka Pelabuhan Sunda Kelapa menjadi JAYAKARTA…atau JAKARTA.

Setelah jawatan Laksamana kosong, jawatan ini di berikan kepada Hang Nadim. Dimasa Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511 M, beliau ialah Laksamana Angkatan Laut Melaka. Pada masa itu Melaka mempunyai 100,000 orang tentera dan ada 3000 pucuk meriam. Tetapi bolih kalah !!!.Kekalahan ini buka lah di sebab kan KEKUATAN TENTERA PORTUGIS !!!tetapi kerana ada pembelot dari kalangan orang Cina,Tamil Muslim dan Jawa. Orang orang ini menjadi pedagang di Melaka dan konon nya TIDAK PUAS HATI KE ATAS CUKAI YANG DI KENAKAN !!!. Pada permulaan Perang, Portugis hampir Kalah..tetapi Ketua Orang Jawa iaitu Utimur raja menjadi Pembelot dengan memberi tahu kelemahan dan PETA Kota Melaka. Saya pernah menulis KOTA MELAKA bukan A FORMOSA !!!. Kota Melaka di dirikan olih Tun Perak, dari kawasan Kota a Formosa membawa ke Limbungan bawa ke Durian Daun bawa ke Semabok dan terus ke Bukit Senjuang dan terus ke Banda Hilir. Kota Melaka yang asal menutup satu bandar Melaka !!!. Jika anda pergi ke Dataran Pahlawan…dulu laut…masih ada lagi sisa sisa Kota Melaka. A Formosa ialah KOTA PORTUGIS !!!!.
Setelah Melaka kalah, Sultan Dan Pembesar Melayu lari ke Pagoh.Masih ada lagi tinggalan mereka di Pagoh. Segamat. Dari Pagoh mereka menyerang Portugis kembali.Tentera Portugis menghancurkan Pagoh dan Sultan Mahmud lari kearah Kota Seluyut dalam Daerah Kota Tinggi.Serangan tetap di buat ke Melaka di ketuai Tun Biajid dan Laksamana Hang Nadim. Tun Biajid lari ke Pasai kemudian ke Patani dan Kemudian ke Pahang. Pada akhir Tun Biajid,beliau menetap di satu tempat…..di Pahang. Laksamana Hang Nadim pula mengikut Sultan Ke Johor. Tun Guna bin Hang Tuah meninggal dunia semasa Serangan Portugis di Kota Bentayan, Pagoh.
Laksamana Hang Nadim banyak berkhidmat dengan banyak Sultan Melaka dan Johor, seperti Sultan Mahmud 1, Sultan Ahmad Syah, Sultan Alauddin Riayat Syah 2 (Sultan Johor 1), Sultan Alaudin Riayat Syah 3. Beliau juga yang membina Kota Bintan dan juga Makam Tauhid di Kota Tinggi. Selepas mendirikan Makam Tauhid beliau “HILANG”.

Dimasa itu Sultan Johor ialah Sultan Abdul Jalil Ali Munghayat Syah. Bendahara nya ialah Tun Seri Lanang.
Sebahgian orang memberi tahu saya Makam Laksamana Hang Nadim berda di Pulau Besar di samping makam bonda dan ayahanda nya. Pada tahun 1971 semasa saya kecil, dan pertama kali datang ke Pulau Besar, kawasan di seliling Keramat Tempayan Pecah memang ada makam lama. Tetapi sangat SAYANG SEKALI, sekarang ini makam makam ini telah di ratakan untuk membuat PADANG GOLF !!!.Mungkin mereka menyangka kan Hang Jebat, Dang Wangi, Hang Nadim dan lain lain keluarga nya NAK MAIN GOLF????.

Petikan Sejarah di atas saya kupas dan ambil dari 3 buah buku iaitu Sulalatus Salatin, Sejarah Kesultan Johor dan Sejarah Melayu dan Bugis. Untuk PENGETAHUAN ANDA !!! “Hang” adalah pangkat yang di beri olih Sultan Mansor Syah ke pada Hang Tuah dan 7 orang lagi sahabat nya di ketuai olih Tun Bija Sura. Hang ini di berikan SEBELUM KEDATANGAN PUTERI HANG LIPO !!!.Saya belum jumpa lagi dalam buku Sejarah Melayu yang mengatakan Hang Tuah berasal dari ORANG CINA !!!.Anak ALFONSO SENDIRI PUN MENGAKUI HANG TUAH,ORANG MELAYU…..Kalau dah BUTA SEJARAH, JANGAN BUAT KAJIAN !!!.Bagitu juga dengan Penjajah seperti Portugis,Belanda dan Inggeris semua nya mengakui Hang Tuah …ORANG MELAYU !!!….BINGGOONG !!!.

Info – Komentar Tol Syeikh di Karimon’s Blog.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

13 Responses to Makam Hang Nadim (anak Hang Jebat) di Pulau Besar Melaka

  1. tokpakehtemenggong says:

    Assalammualaikum

    Tuan yg dihormati. Sedikit benar apa yang saya tau tentang melaka. tetapi tulisan tuan mmbuka mata sya supaya lebih peka dan berfikir. sya tidak pertikaikan apa yang tuan tulis. tetapi kerana sya benar2 minat sejarah. Cuma sya terfikir beberapa perkara. iaitu sewaktu portugis datg dan serang melaka terdapat beberapa org yg tersebut namanya dalm perang lawan portugis tetapi org yg sama muncul sewaktu portugis kalah. adakah benar portugis ujud di melaka selama 140 tahun (1511-1641)? ini kerana jika demikian org yg terlibat dalm perang melawan portugis, umur mereka menjagkau lebih 150 tahun? (andaikan sebelum portugis tiba umur mereka sudah dewasa dan sudah berkahwin – 30 tahun. portugis di melka 140 tahun. jadi umur mereka sudah menjadi 170 tahun). perbetulkan jika saya silap. saya juga berminat utk berkenalan dengan tuan. sya akan mengikut blog tuan ddari masa ke semasa. tuan boleh hubungi sya dari email di atas. terima kasih.

  2. tokpakehtemenggong says:

    Salam ziarah

    benarkah makam tersebut adalah makam hang jebat dan hang nadim ? Sayang sekali saya tidak mengetahuinya. tetapi sya bersyukur kerana mengetahuinya sekarang. Sya bercadang utk ke pulau secepat yg boleh utk menziarahi tempat ini. Saya pernah terfikir mungkin tempat2 yg pernah dilalui adalah tempatnya kuboran org2 dahulu yg telah lama meninggal.
    Bolehkah tuan berkongsi lagi tentang makam2 yg lain yg terdapat di pulau itu. Contohnya makam isteri jebat, ayhandanya dan lain2.

  3. tokpakehtemenggong says:

    Salam

    Ada satu perkara sya nak tanya tuan tapi rasanya elok jika tuan dapat email sya. selepas itu terpulanglah jika tuan nak post kan ke blog tuan ini.
    Terimakasih

  4. pakcikli00 says:

    Waalaikumusalam

    Tokpakehtemengguh, minta maaf mungkin saya terlewat memberi respon kepada komentar Tuan, terdapat kesilapan tarikh mengenai intri diatas yang masih saya tidak berkesempatan memperbetulkannya. Saya bukanlah seorang pakar sejarah, tapi ibarat tiada rotan akar pun berguna. Berikan saya tempoh masa sehari dua lagi untuk menjawab komentar tuan kerana saya terlalu sibuk buat masa ini.

    Terima kaseh salam hormat.

  5. tokpakehtemenggong says:

    Salam

    tak mengapa .. sila ambil masa tuan.
    saya panggil pakciklioo aje buleh..? rasanya lebih mesra..

  6. Tok Syeikh says:

    Saya rasa Faktor Tarikh tidak salah…Cuba lihat Hang Nadim lahir tahun 1436 dan Wafat pada 1556 M, jadi beliau hidup selama kira kira 100 tahun….Adakah tidak logik,beliau hidup selama itu ???. Melaka jatuh ke Tangan Belanda pada tahun 1641 M…Waktu itu Hang Nadim dah lama Wafat !!!!.
    Jadi teliti kan tarikh Peristiwa dan baru lah anda buat Komen !!!.

    • Dahalan says:

      Memang benar puak-puak yg buta sejarah melayu saja yg mengatakan Hang tu asal Cina saya bukan anti Cina…apa lagi Cina Muslim tapi kajian Sejarah Melayu sendiri perlu secara mendalam jgn dengar “Ahli Sejarah” yg kadang-kadang nyanyok tentang sejarah sendiri…Baca lah Tulisan Tun Seri Lanang yg tulisannya diakui kebenarannya oleh Ulama-ulama Aceh spt Syeikh Nuruddin Ar Raniri….Tun Seri Lanang sendiri diakhir perjuangannya ditawan ke Aceh dan meninggal disana …meski pun ditawan beliau diperlakukan sebagai saudara dan sahabat seagama yg selayaknya oleh Kerajaan Aceh malah diberikan tanah dan membuka pengajiannya disana….Tulisan Sejarah Melayu nya disapkan disana dan diakui oleh Ulama-ulama terkenal…jadi kalau Hang Tuah ,Hang Jebat itu bukan Melayu kenapa beliau menyembuniykan pula sedangkan Bendahara keturunan Keling/Muslim dinyatakan keturunan mereka…..

      Oleh itu jgn kita percaya cakap org kafir yg kadang kala ada agenda mereka..dan tidak ikhlas !

      • Dahalan says:

        PEMBETULAN YG TERTINGGAL

        Memang benar puak-puak yg buta sejarah melayu saja yg mengatakan Hang Tuah asal Cina …

        ….Tulisan Sejarah Melayu nya disiapkan disana dan diakui oleh Ulama-ulama terkenal…

  7. Sharifah Aleesya says:

    Salam…saya begitu terharu membaca sejarah perjuangan orang-orang Melayu zaman dahulu…betapa mereka berjuang untuk mempertahankan bumi Melayu daripada dijajah oleh pendatang asing… Ya Allah, semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh-MU…amiiinnn…

  8. halimsaad says:

    salam,

    maaf kalau saya tersilap. menurut yang saya tahu, ‘Hang’ adalah merujuk pada ‘orang kebanyakkan’ dari pihak lelaki di Melaka di masa itu, manakala bagi pihak wanita, ‘Dang’. Untuk orang-orang tua ,di sebut ‘pak’ atau ‘mak’. Li po yang berkahwin dengan Sultan Mahmud Syah, sebenarnya orang kebanyakkan, dan bukan puteri cina.

    Panggilan untuk golongan bangsawan adalah seperti, ‘tun’, laksamana atau temenggong. Hang nadim adalah seorang budak bijak yang menyelamatkan singapura, semasa di langgar todak??

    mohon tuan perjelaskan dan sekali lagi maaf jika terkhilaf.

  9. editafal says:

    assalamualaikum..benarkah sejarah Melaka..tidak bisa di lepas dengan Parameswara..seorang Raja dari Palembang Sriwijaya

  10. kerenggaceria says:

    saudara…kadang saya jadi muskil..adakah benar benar Hang Tuah itu ujud…atau sekadar..cipta sejarah sahaja..

  11. abdul aziz rashid says:

    perlukan masa untuk wawarkannya sebagaimana ‘sharifah roziah’ adalah anak kepada maulana yusuf sidik (guru sayed ismail)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s