Tok Syeikh (Syeikh Mohamad Din) Tabib Perubatan Islam 7 Puteri



Syeikh Mohamad Din (Tok Syeikh) yang menceritakan sejarah Pulai Besar Melaka adalah seorang Tabib Perubatan islam yang diasaskan oleh i suami isteri iaitu Tabib Syeikh Mohamad Din dan Tabib Radin Saripah Normala pada tarikh 18 jun 2000, semasa tinggal di Kg Tanah Merah Baru Sungai Udang, Melaka.

Berpengalaman mengubati orang semasa berumur 16 tahun lagi. Setelah memasuki tentera dan berkahwin, beliau berserta isteri juga mengubati orang tetapi tidaklah secara aktif. Hanya pada tarikh 18 jun 2000 mereka aktif sepenuh masa dalam perubatan islam ini..SetelahTabib syeikh Mohamad Din tamat berguru dari Allahyarham Tabib Mohamad Nabun. bekas tabib kepada Almarhum Sultan Salehuddin Abdul Aziz Syah, sultan selangor ke-8..

PENGENALAN:-

Pusat perubatan ini dinamakan Perubatan 7 Puteri adalah sempena nama 7 orang puteri dari nenek moyang kami terdahulu..Kami suami isteri dalam satu nasab keturunan (kahwin sepupu)..
Berikut adalah puteri-puteri yang di maksud kan :-

1. PUTERI RATNA GUMILAH SARI @ PUTERI RATU MAS NYAWA….ANAK sultan Demak..pertama.

2. PUTERI MARIAM @ PUTERI RATNA SARI. anak SULTAN DEMAK pertama.

3. PUTERI GEMALA SARI @ PUTERI MAYANG MENGURAI @ PUTERI SYARIFAH TOLKIAH. .cucu SUNAN GUNUNG JATI.

4. PUTERI MAYANG SARI @ PUTERI SYARIFAH ALAWIYAH.cucu SUNAN GUNUNG JATI.

5. PUTERI MELOR @ PUTERI MAS DEWI SALBIAH. cucu SUNAN GUNONG JATI

6. PUTERI KENANGA @ PUTERI MAS DEWI AMINAH. cucu SUNAN GUNONG JATI

7. PUTERI CEMPAKA BIRU @ PUTERI MAS DEWI SAIDAH @ PUTERI BUNGSU. cucu SUNAN GUNUNG JATI.

Kesemua puteri ini keturunan ke-4, dari Nasab Datuk Maulana Ishak bin Saiyid Ibrahim Asmoro iaitu nenek moyang keturunan Tabib Syeikh Mohamad Din bin Syeikh Jalil..melalui nasab nenek kami Syarifah Siti Maimunah…Dari datuk kami ( LELAKI)..terus ke nasab SAIYID ISMAIL..( PULAU BESAR,MELAKA)
Dari nasab Sultan Abdullah @ Radin Ario Abdul Qodir menurunkan Radin Osman, bapa kepada Radin Saripah Normala..Sultan Abdullah dan Maulana Ishak, adalah dalam satu keluarga dan keluarga ini mengamalkan ‘kahwin kerabat’ dari keturunan pertama lagi hingga keturunan ke-12 (Tabib Syeikh Mohamad Din dan Tabib Radin Saripah Normala).

Oleh kerana itu lah nenek moyang kami terdahulu tidak banyak berbeza..Kami berdarah keturunan yang hampir sama iaitu :-

Tabib Syeikh Mohamad Din berdarah keturunan..(Arab , campa dan bugis).

Tabib Radin Saripah Normala pula berdarah..(Jawa , arab , bugis , campa).

OBJEKTIF:-

Pusat Perubatan Islam 7 Puteri yang di usahakan oleh Tabib Syeikh Mohamad Din dan Tabib Radin Saripah Normala berdasarkan ayat-ayat suci Al-Quran serta zikir-zikir Asmaul husna. Kami diajar oleh nenek moyang kami dan dari guru-guru yang mengamalkan Tarikat Kesufian. Selain itu kami menggunakan herba-herba seperti madu lebah, misai kucing, dan herba-herba yang lain..

GURU TABIB SYEIKH MOHAMAD DIN :-

1. Syaripah Che Ngah (ibu)- mengajar ilmu-ilmu perbidanan.

2. Syeikh Jalil (bapa)- mengajar ilmu-ilmu berkaitan syaitan.

3. Pak Mansur ismail (guru silat)- mengajar ilmu mempertahankan diri.

4. Datuk Abu Hasan (guru silat)- mengajar ilmu mempertahankan diri.

5. Abang Jalil (bentong)- mengajar ilmu berkaitan syaitan.

6. Allahyarham Tabib Mohamad Nabun (port dickson)- Guru perihal syaitan, busung, mandi bunga, resdong, dan santau.

7. Ustaz Syakirin (RIDAM)(kemaman)- Guru santau, pasung syaitan buang susuk dan pagar(pasung) rumah.

8. Pak Su Noh..BACHOK ,KELANTAN.Guru ilmu Patah dan Retak Tulang juga ilmu Pertahanan diri dari syaitan.

GURU TABIB RADIN SARIPAH NORMALA :-

1. Radin Osman (bapa)- mengajar ilmu perihal buasir.

2. Syarifah Bidah (ibu)- mengajar ilmu urutan seliuh.

3. Radin Maimunah (nenek)- Guru ilmu urutan urutan, pengenalah herba dan menaikkan seri wajah.

4. Allahyarham Tabib Mohamad Nabun (port dickson)- mengajar ilmu perihal patah, santau, sihir dan urutan.

RAWATAN-RAWATAN :-

Rawatan yang dijalankan di Pusat Rawatan 7 Puteri ialah :

1. Buang sihir – segala jenis sihir.

2. Buang saka

3. Buang susuk

4. Rawatan kanser – semua jenis kanser.

5. Rawatan naik seri wajah.

6. Rawatan buasir.

7. Rawatan patah dan retak.

Pusat Perubatan 7 puteri ini juga menyediakan minyak mahabah seperti :-

1. Minyak 7 khasiat.

2. Minyak 7 puteri.

3. Minyak Rindu Malam.

4. Minyak Puteri Remaja.

5. Minyak Puteri Mayang Sari

6. Minyak Cenuai Cempaka Biru

Wasalam

About these ads

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

50 Responses to Tok Syeikh (Syeikh Mohamad Din) Tabib Perubatan Islam 7 Puteri

  1. aza says:

    apakah kegunaan minyak puteri mayang sari

  2. Tok Syeikh says:

    Minyak Puteri Mayang Sari,tidak di jual…hanya untuk keturunan kami sahaja !!!.

  3. Tok Syeikh says:

    Laa itu hak kami ler !!!nak jual atau tidak !!,minyak yang lain kan ada !!!

  4. teratai says:

    Salam.. Saya nak tanya pasal rawatan yg berkaitan dgn tumor.
    Tapi saya tak pasti jenis tumor itu, samada kanser atau pun tidak.
    Pernah cuba pergi buat rawatan tradisional di mana org yg mengubat
    tidak mampu melakukan pembedahan secara tradisional kerana tumor
    itu terlalu dekat dengan otak. Dan pernah buat rawatan di tempat lain
    yg dikataan dpt mbantu tumur itu mgecut, tetapi bila buat scan di hospital,
    telah mjadi lbih besar. skg ni sudah lebih 5 cm besarnya. Apakah pusat rawatan
    tok sheikh dpt mbantu ayah saya? Terima kasih

    • ramli says:

      a’ssalammulaikum…..
      .saya ingin berjumpa ngan tuan…dimanakah alamatnya….
      kalau tak keberatan boleh hubungi saya 016-3040390

      sekian terima kasih

  5. asslamualaikum….saya mau tanya harga minyak mayang sari…itu mahal ke …saya ini masih keturunan sunan jati….apa saya boleh mendapatkan minyak tersebut…..

  6. alifhilmi says:

    Saya adalah dari asal usul sebenar keturunan Mayang Mengurai. Keturunan ini datangnya dari keturunan ibu ssya. Saya inginkan kepastian tentang asal usul keturunan Puteri Mayang Mengurai kerana cerita2 yang terdapat di internet2 adalah berbeza sama sekali dengan cerita yang telah diceritakan oleh ibu dan aunty saya dari turun temurun. Jika ingin menghubungi saya sila hubungi saya melalui facebook di http://www.facebook.com/aleefazmir. terima kasih

  7. Tok Syeikh says:

    Puteri Mayang Mengurai yang dari keturunan saya ialah Syarifah Siti Rolkiah binti Maulana Abdul Muzaffar Ahmad bin Sultan Abdullah….Bagi yang selain dari nama itu saya tak tau !!!.

    Minyak Puteri Mayang Sari…. TIDAK DI JUAL !!!.

  8. Tok Syeikh says:

    Teratai, anda bolih datang rumah saya !!!.

  9. Hamba Allah says:

    salam tok.. kalo sy kenal puteri mayang mengurai yg ke -7.. mcm mana bole sy pastikan keasliannya.. atuk bole huraikan ker? terima kasih..

  10. haslina says:

    br2 ni saya trkena buatan org Alhamdulillah da sehat..semasa saya sakit ade putri datang mnbantu saya,yg memasuki tubuh saya,,die mperkenalkan diri nya putri bongsu,,yg suka warna putih cntoh bunga 7 jnis bwarne putih shja..sblm saya sakit xde plak..ktika sya skit sj..die mbritahu ingin mbntu cucunya.. mama sya ckp ade ktrunan jgk..tp ntala sya xnk pcye tp kena pcye jgk sbb betul2 blaku..kalau sya nk pggl die hnya bace fatihah,mgucap dan bagi salam itu shja..

  11. alya says:

    tok syeikh ……………
    boleh saya tahu secara detail keturunan puteri 7

    • alya says:

      insyallah tok sheikh satu hari saya pasti allah swt mudahkan segala nya dan saya akan jumpa dgn tok syeikh..keinginan yang menebal insyallah ….

  12. nizam says:

    Salam Tok Syeikh. Bila nk buat xpdc ke Pulau Besar atau ke Gunung Ledang lg. Saya brcdg nk join. Mzb

  13. Tok Syeikh says:

    Tak Payah ler !!!.Bila sampai masa, macam macam masaalah, itu lah ini lah !!!.Saya tak buat lagi, jika rasa nak pergi sendiri !!!Pergi lah !!!!.Sorry !!!.

  14. Megat Fakhrudin says:

    As’salam bapak syeikh..

    saya sekadar mahu menanyakan pada bapak.Jika sekiranya saya seorang keturunan berdarah bugis bisa enggak mengunakan minyak serta perawatan tujuh puteri itu?Kerana keturunan bugis ini berlainan dari keturunan puteri-puteri serta moyang bapak syeikh.

  15. azry says:

    salam…bole tuan hamba bgtau sy pasal asal usul puteri ratna sari @ puteri mariam anak sultan demak pertama…
    sy ingin mengenalinya dgn lebih lanjut…
    terima kasih..

  16. rohaya says:

    askum. sy nk tnya tntng mandi bunga dn naik seri muka. dgn sape blh buat. blh bgi no hp dn alamat umah blh sy dtg

  17. hamba allah says:

    kasar sungguh cara tuan beri jwpn..ada nafsu ammarah tu

  18. Zarl Tone says:

    minyak putri myg sari diambil dari mne…tubuh die sendiri ker or die bgi….i nak tnya satu…klu ur guys btul2 keturunan myg sari,i just nk tnye satu…dkat mner tpt die bertape selame 678 thun mse die duduk dkt samsowong!!!! answer me,jgn bgi ayt lain….klu btul u keturunan die,ce bgi jawpn???????????

  19. Nak Tahu Sangat says:

    apakah kegunaan minyak 7 puteri? dan berapa harganya?

  20. nana says:

    akum..
    maaf menganggu saya cuma nak tau minyak mayang sari tu dari puteri pontianak ker?
    jangan marah saya ingin tahu sahaja
    dan saya ingin tahu adakah benar hanya setiap malam jumaat haruslah di asapkan dengan kemenyan setelah tengelamnya matahari dan selewat2nya ketika jam 12 malam?

  21. nana says:

    saya harap tuan hamba tak marah saya ingin tahu sahaja…tak lebih dari itu…sbb kalau tuan hamba kata tidak di jual kenapa ramai yang memilikinya terutama yang mengambilnya dari indonesia
    munkin lain kot …maaflah saya cuma ingin kepastian sahaja tak ada niat apa2

  22. pemerhati says:

    Assalamualaikum w.b.t…….setelah meneliti komen2 disini, saya dapati cara jawapan yang diberikan bg setiap soalan yang dikemukakan disini agak pelik……orang bertanya elok2, jawabla elok2……orang bagi bunga, janganla dibalas penukul…..

    saya mitak maap d atas mukadimmah saya d atas ni…..saya pernah melihat cara perubatan yg seumpama ini………warisan akan masuk ke dalam badan anak cucu cicik untuk perubatan……..janganla sesekali ego di atas kelebihan yang diberi…..bersyukur dengan apa yang ada……

    akhir kata, wassalamualaikum w.b.t

  23. kalau ada nafsu ammarah…nampak gayanya itu baru peringkat nafsu terbawah dalam tingkat2 nafsu….macammane boleh jadi maullif ni…WallahuA’lam

  24. atau mungkin blog ini disalahguna oleh orang yang ingin mengambil kesempatan…Wallahua’lam…

  25. ain says:

    salam tok syeikh… saya ingin bertanya adakah puteri cempaka biru juga mempunyai nama nenek siti fatimah? sebab saya juga didatangi nenek sari yang dikatakan sebagai bidan 7… saya nak tahu lebih lanjut… terima kasih… salam..

  26. Tok Syeikh says:

    No Phone saya…017 2095292

  27. zaim zainudin says:

    Saya ingin tahu mengenai minyak cenuai cempaka biru apakah antara khasiat2, dan amalan untuk menbuat nya.

  28. Siti Norlela Hj. Haron says:

    saya sokong Hamba Allah…kalau tuan syeikh tak nak jawab.. berdiam diri lebih baik.. tp bila jawapan yg diberi amat menyinggung perasaan yg bertanya adakah ubatnya nanti….

  29. Serikandi puteri mayang sari says:

    salam tok ,boleh hamba bertanya hanya keturunan mayang sari saja ka yang boleh memiliki minyak mayang sari…………hamba adalah dari keturunan yang sama boleh hamba ambik hak hamba…salam perkenalan dari puteri mayang sari.

  30. Rusli says:

    Salam Tuan,

    Kenapa perlu jawab kasar :

    “Tak Payah ler !!!.Bila sampai masa, macam macam masaalah, itu lah ini lah !!!.Saya tak buat lagi, jika rasa nak pergi sendiri !!!Pergi lah !!!!.Sorry !!!.”

    Hakikatnya keturunan tak memberi bekas pun, malah ramai yang keturunan2 macm itu ahli maksiat!, sebab itu benarlah apa kata Hamba Allah kat atas iaitu tuan masih ada nafsu amarah!.. tidak tonjolkan akhlak Nubuwah. Sebenarnya tak payah ke Pulau Besar pun tak apa.. Tok Kenali tak pernah jejak pun ke pulau besar.. tapi bertaraf wali Allah, dan ramai lagi yang cerdik pandai dlm perubatan kerohanian islam, tak pernah tahu pun mana pulau besar tetapi jauh lebih hebat perubatannya…

    Buangkanlah sifat angkoh tu..! jgn mencemarkan peribadi orang muslim..

    Wassallam..

  31. Rusley says:

    Maaf,saya ingin brkahwin dgn puteri bunian islam…bagaimana cara nya?

  32. shah says:

    Bila saya baca jawapan yang dijawab oleh tok, terbantut saya nak dapatkan rawatan. Kasar sungguh… Saya juga keturunan raden, tapi saya tahu keturunan tak ada guna di akhirat .Buat apa nak bangga dengan keturunan? Harap Tok jangan jawab begitu lagi, Malu kalau orang bukan islam baca.

    Salam dari saudara sesama islam (Hamba kepada yang Maha Penyembuh dan Maha Sopan Santun)…

  33. izza says:

    Salam tok syeikh, ituari pada 14 muharram yg lepas, sy dan kakak angkat sy dpt jemputan ke gunung ledang, dan sy pergi menginap 1mlm di chalet kat situ, so mcm biasalah serba kuning smpy pening hukhuk….disuruh mandi di air terjun bg pengisian….tuuut… di taman lagenda, dan pd mlm tu turun lah,…..tuutt….pd kakak sy tu, fuh mcm helicopter nak turunkan passenger …tp sy tak tahu nama diorang, al maklumla sy xminat sejarah, bahasa mmg classic, yg dtg duduk sila panggung pon ada, insya allah yg dtg tu baik2, mcm nak mengasuh….

    then, 1round lg, dijemput ke Pulau Besar pd 13safar yg baru lepas ni, yg tu bnyk urusan kakak sy tu…so jelajah smpai ke gua yunus tp saya heran bila sampai ke makam nenek tempayan pecah, sy…tuuut…, sy tak tau sapakah beliau, kalo ikutkan dah malas nak jalan, nk lepak kat khemah jer tp yg membuat semangat tulah makam nenek tempayan pecah, sy tak pasti nape…, tok syeikh tau ke sejarah nenek tu??? puas sy google tp…hmm…ntahlah
    btw, bnyk lg cerita unik yg lom terkeluar dari mulut ni ….xperlah nnt pape to syeikh email kat saya ek…saya org bugis (sy ada simpan salasilah keluarga) + sunan kudus (ja’far siddiq ii) (ada jugak saya simpan salahsilah tuh)

    wassalamu…

  34. dayang says:

    Assalamualaikum tok syeikh… Sy nak tanye, dlm keturunan 7 puteri ni sy cume tahu sy dari keturunan ke 10. Dan sy belum dpt salasilah yg lebih jelas.. Jadi dlm msa yg sama sekarang dh hampir 3 tahun sy dan kluarga mendpt dugaan yg pelik2 shggakan mnnyebabkan rasa tertekan. Sy mmpunyai 7 adik brdik dan yg sllu di timpa dugaan adik yg bongsu. Di sini tok syeikh sy nak tanye, adakah di sebabkan sejarah nenek moyang dahulu terjadinya sebegeni.. Pd setiap 10hb bermulanya 3 tahun yg lalu akan berlaku prkara2 yg tak di ingini berlaku ke atas adik bongsu sy. Maafkan sy tok syeikh… Kerana sy kurang jelas dgn sejarah ini.

  35. Pemerhati says:

    tuan memberi jawapan seolah2 tak melambangkan seorg yang berakhlak..maaf..

  36. kaka says:

    salam tuan, waktu yang sesuai untuk berjumpa tuan.

  37. su says:

    Assalamualaikum saya berminat lah dengan cerita2 di kepulauan besar tu misti tempat tu menarik dan saya suka kisah2 yang tuk syeikh ceritakan macamna nak tanya ya sms boleh ke? tak nak terbuka@su

  38. kaki skodeng says:

    eiiii menakutkan jer..xde adap ker bg jawapan mcm tuh ??dah la mcm mengarut n khurafat jer..

  39. jagaan puteri 7 dan panglima says:

    mcm marah je kan dia tanya je tu

    • jagaan puteri 7 dan panglima says:

      betul ke ni…mcm xpercaya lak bila lagu camtu kan….apepun kita bermohon pada allah lg bagus…

  40. izza says:

    rasanya yg jawab tu bukan tok syeikh, bahasa mcm budak2….., jarang sekali org tua2 celik IT, tukang jawab org lain kot…

  41. Airulyn says:

    Saya dah berkhawin 5 tahun tiada zuriat… Saya sudah merata tempat ikhtiar hendak zuriat tetapi tidak ada hasilnya…. Kecuali ikhtiar ke mekkah…. Bagi pendapat perubatan traditional ini… Bolehkah perubatan ini menyelesaikan masalah say ini… Saya tinggal di johor bahru… Ada tidak di sini.,…?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s