Sejarah Pulau Besar Melaka

Menurut cerita orang-orang terdahulu, Pulau Besar telah mula didiami oleh orang selat atau orang laut pada sekitar tahun 1400 masihi lagi, iaitu sebelum Kerajaan Kesultanan Melayu Malaka ditubuhkan. Sejak ianya diterokai, Pulau Besar sudah pun berperanan sebagai pusat bekalan air bersih kepada para nelayan dan juga pedagang yang melalui Selat Melaka.

Dakwaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan banyak perigi lama yang dianggarkan berusia lebih ratusan tahun di sekeliling pantai Pulau Besar dan kedudukan perigi-perigi itu pula hanya beberapa meter dari kawasan pantai. Pulau Besar dikatakan mempunyai ratusan buah perigi, namun kebanyakkannya sudah tertimbus dan tidak boleh digunakan lagi.

Oleh kerana kedudukan pulau ini hanya terletak beberapa kilometer dari Pelabuhan Melaka, maka terdapat pedagang, pengembara dan pendakwah yang telah berminat untuk mendiami pulau ini. Antaranya adalah Syeikh Ismail yang digelar Sultan Ariffin dan telah didakwa penduduk tempatan dari keturunan Rasulullah SAW dari sanad Hussein bin Ali (Cucu Rasulullah SAW). Beliau bersama pengikutnya telah menetap di Pulau Besar dan membina sebuah penempatan kecil untuk menyebarkan ajaran Islam.

Selain Syeikh Ismail, pulau ini juga didiami Syeikh Yusuf As-Sidiq yang merupakan seorang Guru Sufi yang tinggi ilmunya serta menghafal beribu-ribu hadith Nabi Muhammad SAW. Tidak dapat dipastikan tahun kelahiran beliau namun beliau antara ulama yang turut serta di dalam rombongan Syeikh Ismail. Beliau merupakan guru kepada Syeikh Ismail.

Sebelum Islam datang ke Melaka, penduduk Melaka dipercayai berfahaman Hindu-Budha atau penganut anunisme kerana Sultan Melaka yang pertama iaitu Parameswara dipercayai penganut Hindu. Mengikut teks ‘Sejarah Melayu’ yang dikarang Tun Sri Lanang, Sultan Melaka mendapat mimpi mengenai kedatangan pedagang Islam yang akan berlabuh di Pelabuhan Melaka. Sebaik sahaja mereka tiba, mereka akan melakukan sesuatu (solat) di tepi pantai. Baginda Sultan telah menitahkan Bendahara dan pasukannya menunggu di tepi pantai untuk memastikan samada mimpi yang dialami oleh Baginda itu benar atau tidak. Dengan kuasa Allah SWT, apa yang Baginda mimpikan itu benar-benar terjadi sehingga membawa kepada pengislaman Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dan seluruh tanah jajahannya.

Biarpun terdapat pelbagai versi mengenai teori kedatangan Islam ke bumi Melayu, namun perkara seperti itu sememangnya tidak dapat dielakkan kerana penulis dan pengkaji sejarah pada masa silam biasanya akan menulis sesuatu sejarah itu berlandaskan kepada pemahaman (akal) mereka yang sangat terbatas. Bagaimanapun, kebanyakan pengkaji sejarah kedatangan Islam ke bumi Melayu bersetuju yang penyebaran Islam di bumi Melayu adalah melalui tasawuf; yakni melalui keluhuran dan kesucian budi pekerti para pendakwah silam, yang jelas begitu sejiwa dengan tradisi dan juga resam orang Melayu.

Tidak seperti kedatangan ajaran Kristian ke rantau ini yang melalui proses peperangan dan kekerasan; yang mana ianya dilihat begitu bertentangan dengan sifat Melayu yang bersopan-santun dan berbudi-pekerti. Oleh sebab itu, biarpun Alam Melayu dijajah ratusan tahun oleh pendakwah Kristian, namun ianya tidak mampu menukar kepercayaan Alam Melayu untuk menganut ajaran Kristian.

Oleh kerana Pulau Besar sudah terkenal sebagai pusat bekalan air bersih di kalangan pedagang dan pengembara, maka ia telah muncul sebagai tempat yang paling strategik untuk para pendakwah Islam memperkenal dan mengembangkan ajaran Islam. Peranan Pulau Besar sebagai pusat bekalan air bersih turut diakui oleh Ma Huan, seorang pembantu Laksamana Cheng Ho dalam bukunya YING YAI SHENG LAN (1451), yang telah menyebutkan Pulau Besar digelar Pulau Air @ Wu Shu oleh para pedagang China.

Setelah Kesultanan Melayu Melaka terbentuk dan mencapai era kegemilangannya, Pulau Besar terus menjadi tumpuan kapal-kapal pedagang untuk mendapatkan bekalan air dan kayu api sebelum meneruskan pelayaran mereka ke destinasi seterusnya. Lama-kelamaan, Pulau Besar bukan sahaja dikenali sebagai pusat bekalan air bersih, malah ianya turut dikenali sebagai tempat untuk mempelajari dan mendalami ilmu agama setelah pulau ini didiami ramai pendakwah Islam.

Read more: http://www.nuraflah.com/2009/07/misteri-pulau-besar-melaka.html#ixzz0plxvoVEl

About these ads

Perihal Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

19 Responses to Sejarah Pulau Besar Melaka

  1. dharmendran says:

    saya telah mengunjung ke PULAU Besar tiga minggu lepas.ia sangat menarik

  2. abdullah halil b. abdul aziz says:

    Saya telah melawat kepulau besar pada Nov2010. Tidak banyak yg saya dapat kerana lawatan yg singkat dan keletihan menyebabkan rasa terkilan walau pun saya tahu banyak sejarah yang patut diketahui. Saya mencadangkan kepada pengurusan pulau ini supaya menyediakan basikal sewa yang bolih digunakan olih pelacong untuk melawat pulau ini.

  3. shantha says:

    saya 2 bulan sekali pergi ke pulau besar…ia hebat\

  4. afian ramlan says:

    saya sedang mencari maklumat tentang penghulu haji ahmad yang terkenal sebagai bomoh pulau besar satu masa dahulu tetapi menetap di kampung pernu, melaka. saya sudah menemui tapak sekolah agama lama dan tapak rumah tiga sebandung milik penghulu haji ahmad yang dijual kepada allahyarham cikgu dollah yang kini di diami oleh anak allahyarham. sesiapa yang ada maklumat, sila email ke afianramlan@hotmail.com. jasa anda amat diharapkan dan diucapkan jutaan terima kasih.

  5. niwashini rajendran says:

    saya suka sangat pulau besar ………………. i love melaka pulau besar

  6. Thivagar says:

    Sye telah pegi ke Pulau Besar pada cuti Mei 2012 ini..sye pegi ke Kubur Syaifah Rodziah.Memang menarik dan sye dpt menimba ilmu tentang sejarah Pulau Besar dan pendakwa Islam.

  7. askum…sye dah 4 kali pergi k pulau besa…setiap kali sye pergi..byk dah berubah..

  8. Kumarimalar says:

    Saya pernah ke Pulau Besar bersama keluarga saya pada tahun 2009… Rombongan kami ke Pulau Besar sangat bermakna kepada kami sekeluarga…Pulau yang suci…

  9. salaamualaikummwaRogmatullaahiWabarokaatuh
    saya pengunjung setia ke Pulau Besar, yempat kelahiran saya Ujong Pasir, Banda Hilir..Menetap di Kuala Lumpur…kenapa tidak di ceritakan di sini berkenaan dengan pokok hujan..setiapkali saya kunjungi tmpt ini sempat berwuduk dgn turunuan gerimis hujan di hanya di bawah sepohon pokok ini…..saya akan kembali ke Pulau Besar untuk tahun2 seterus nya…harapan untuk menemui ajal dan berkubur di sini selain di BaitullaahMakkaAlMukarramah amiin

    • pakcikli00 says:

      Walaikumusalam

      Puan Ameelia,
      dapatkan malumat lebih lanjut mengenai pokok hujan tersebut, seperti nama pokok yang sebenar, lokasinya untuk makluman pengunjung weblog ini.

      Wasalam.

  10. Believer says:

    Salam sejahtera….
    Saya baru saja pulang dari Pulau Besar…
    Kami pergi berlima… Ini adalah satu tanah suci yg benar2 menakjubkan…
    Walaupun saya beragama hindu,mmg sah saya mengatakan bahawa pulau ini mempunyai kuasa dan ilmu yg suci…
    Kepada teman2 yg ingin berkunjung,sila pastikan niat anda…
    Jgn pergi dgn niat buruk atau ingin mencabar kuasa ciptaan Tuhan..
    Kerana mmg tdk pernah org berjaya menafikan kesucian Pulau Besar ini…
    Sekian , terima kasih…

  11. aidakhaya says:

    dear alls, saya ingin ke sana pulau besar melaka dec 2012, boleh bg idea tentang hotel/resort, transport, pemandu pelancong, kami nak buat ala ala kem motivasi. hubungi saya aidakhaya@gmail.com

  12. fiqah says:

    pulau besar melak the best..

  13. fiqah says:

    banyak bende yang iqa belajar kat pulau besar ..
    macam2 yang iqa tngok kat same..
    yang paling menarik
    kubur 7 puteri
    kubur nenek kebayan
    pokok kene sule
    batu tengkorak dan mcm2 lgi laa..

  14. ayeen says:

    xbkesemptan lg nk g pulau besar..nk sngt g bler dngar owg brcerite psal pulau yg pnuh dngan sjarah dan misteri ini..hope dpat g stu ari nanti..insyaallah

  15. ary says:

    wonderfull place so much of power there is hiden history
    .our msian people hide the hitory of tis place i was there 6 n 7 oct 2012…i already walk all the place in pulau besar….it really a power full place dnt ever play

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s