Makam Sultanul Aarifeen di Pulau Besar



Nama sebenar Sultanul Aarifeen ialah As Sayyid Ismail (qaddasallahu sirrahu). Beliau adalah keturunan yang ke 18 Rasullullah (S.A.W). Sultanul Aarifeen As Sayyid Ismail telah dilahirkan pada 17 Rabiul Awal tahun 867H di Baghdad. Bapanya bernama As Sayyid Abdul Qadir dan ibunya bernama As Sayyidah Fatimah. Habsah atau Syarifah Siti Maimunah adalah isteri kepada Sayyid Ismail. Syarifah Siti Maimunah adalah anak kepada Maulana Ishaq atau Maulana Mohamad Yusof Sidiq. Perkahwinan diantara Sayyid Ismail dengan Syarifah Siti Maimunah melahirkan anak mereka iaitu,

1.Sayyid Ahmad Tajudin
atau Ahmad Salim
atau Ahmad Qadir
atau Panglima Alang Daik Hitam
atau Datuk Paduko Berhalo
atau Tok Putih.

2.Al Syahid Syarifah Siti Zubaidah

3.Syarifah Siti Zulaikha

Syarifah Rodziah atau Syarifah Siti Sarah adalah KAKAK kepada Syarifah Siti Maimunah,dan Suami NENEK ini ialah Sayyid Ibrahim bin Sayyid Abdul Qadir iaitu abang kandung Syeikh Ariffin….Mereka berkahwin..abang kawin kakak..dan adik kawin adik…dalam bahasa Melayu di panggil KAWIN SERAI SERUMPUN.

Panglima ini kulit nya putih,hidung mancung,macam arab dan memang arab pun, tinggi nya 7 kaki. dan pakaian nya baju silat hitam tetapi kekadang berjubah putih. Nama Panglima Hitam ialah Datuk Adi Putra atau Sayyid Thanaudin.

Panglima Hitam dan Panglima Lidah Hitam adalah orang yang BERBEZA. Panglima Hitam hidup pada tahun 1350-1510 M .Panglima Lidah Hitam,nama sebenar nya Sayyid Ahmad Khamal atau Zaharudin bin Sayyid Ahmad Khamil atau Panglima Daek atau Tok Kayo Hitam hidup pada tahun 1575-1696 M. Panglima Lidah Hitam ialah CICIT kepada Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail.

Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail hidup pada tahun 1463-1520 m. Puteri Bunian itu seramai 7 orang dan Puteri Nilam itu nama sebenar nya Puteri Mayang Nilam Sari,puteri yang bungsu dari 7 adik beradik.Nama ayahanda dan bonda nya dan juga adik beradik nya,saya tidak di izin kan untuk beritahu pada umum.

Beliau mempunyai ilmu yang tinggi dalam islam. Menurut riwayat sewaktu beliau ke Madinah menziarah makam Nabi, beliau telah didatangi satu suara yang menyuruh beliau mengembangkan ilmu Islam di kepulauan Jawa. Sebagai seorang yang taat kepada agama beliau menunaikannya dan beliau telah mengembara dan akhirnya tiba di Pulau Besar bersama-sama dengan 16 orang ahli dalam kumpulannya. Di antara orang yang penting dalam kumpulan itu ialah gurunya Yusuf Siddiq dan saudaranya As Sayyid Ibrahim.

Di Pulau Besar ilmunya telah berkembang luas dan beliau mempunyai pengikut yang sangat ramai. Sultanul Aarifeen telah meninggal dunia pada 17 Rabiul Awal tahun 925H ketika beliau berusia 58 tahun. Selain dari beliau, di situ juga termakam antara 41 hingga 43 orang pengikut-pengikut beliau yang lain. Beliau mempunyai seorang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan.

Sekarang makam Sultanul Aarifeen terus dikunjungi orang ramai. Selain dari niat untuk ziarah mereka juga datang dengan pelbagai hajat.

Tapak kaki Sultanul Aarifeen

Tapak kaki ini terletak di dalam kawasan Pusat Latihan IMM. Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa tapak kaki ini adalah kepunyaan Sultanul Aarifeen. Tapak kaki yang kelihatan di gambar adalah tapak kaki sebelah kanannya. Manakala tapak aki kirinya terdapat di Pulau Serimbun.

Wasalam

About these ads

Perihal pakcikli00

Saya adalah dukun asmara
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

35 Responses to Makam Sultanul Aarifeen di Pulau Besar

  1. rusaputih says:

    sultan arifin ini asalnya adalah raja/sultan di india.beragama hindu..tetapi mendapat syiar islam dan beliau dan isteri sanggup meninggalkan rakyat jelata dan berhijrah mendalami agama islam..dan beliau sampai ke pulau besar..tidak hairan lah,jika kita pergi ke pulau besar,kita akan dapat lihat kebanyakan pelancong yang hadir adalah orang berketurunan india,tidak kira lah beragama islam ataupun bukan…wallahualam…

    • bobwaltzco says:

      salam..rupa sheikh arifin ismail seperti iras2 melayu (putih kulitnya)..bertongkat dan pemakaian serba putih dan seperti pakaiannya lebih mirip kepada pakaian org india.

    • SAIFUL AFIF says:

      tidak sultan areifin adalah keturunan dari rasulullah saw….
      datok nya bernama saidinah abdul qoder al jailani…..
      jgn menuduh tampa bukti…………
      sy tlah blajar berbagai keturunan rasulullah tdk ada yg mengata kn bahawasanya sultanul aarifin beragama hindu….
      betul kn akidah kamu YA AKHI

    • diya says:

      suke hati je ckp sultan arifin tu hindu.. ade bukti ke??

  2. fisabilillah says:

    datuk panglima hitam dan panglima hitam adakah org yang berbeza?

  3. Tok Syeikh says:

    Untuk Rusa Putih !!!Anda silap itu,Syeikh Sultan Ariffin adalah gelaran sahaja Sayyid Ismail Al Jilani nama sebenar nya.Nama dan Nasab Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail ialah Sayyid Ismail bin Sayyid Abdul Qader bin Sayyid Jabbar bin Sayyid Solih bin Sayyid Mohyidin Abdul Qader Jilani..atau Syeikh Abdul Qader Al Jilani…Bagaiman pula anda katakan Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail itu “Hindu”.Saya adalah anak cucu keturunan beliau,tidak pernah ada pula di riwayat kan Kami berasal dari Hindu !!!!.

    Untuk Fisabillah !!!.Panglima Hitam dan Datuk Panglima Hitam adalah orang yang sama.Nama sebenar nya ialah Syeikh Sayyid Thanaudin Azamatkhan atau Datuk Ade Putra.

  4. nizam says:

    Sayid Thanaudin, Datuk Adi Putra & Sayid Ismail ni org yg sama ke? maaf saya kurng kfhmn..klu brbeza, dmana maqam2nya?

  5. Tok Syeikh says:

    Orang yang lain !!!
    1. Sayyid Thanaudin ialah Datuk Adi Putra atau Panglima Hitam bin Amir Sayyid Ahmad Syah Jalaludin Azmat Khan.
    2.Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail Al Jilani bin Sayyid Qadir Al Jilani bin Sayyid Jabbar Al Jilani bin Sayyid Sholeh Al Jilani bin Syeikh Mohyiden Abdul Qadir Al Jilani.
    Semua makam mereka terletak di Komplek Pemakaman Sultanul Ariffin.

  6. nizam says:

    alhmdulillah. trima ksih Tok Syeikh dgn infonya. Maqam Maulana Ishaq pn tletak di kompleks tu jg ke? setahu saya xde nama di nesan atau camne nk tau nama2 di maqam tu? atau skrg dh ada guide? maaf yek..saya dr ledang jhr. sbb cdg nk ziarah ke pulau dlm masa tdekat ni..insyaallah..

  7. Tok Syeikh says:

    Memang tidak di tulis.Saya memang tak beritahu pihak Muzium pun, hanya di Persatuan Sejarah Melaka sahaja yang akan saya berikan Nasab saya !!!.Tak bolih Nizam,ada banyak masaalah jika dia orang tahu.Jadi ada lebih baik dia orang tahu Syeikh Sultan Isamail,Syarifah Rodziah,Tok Putih dan Tok Janggut Acheh sahaja !!!.Jika anda ada muskil tentang nama nama Datuk saya, anda bolih tanya saya di blog ini atau Blog Popular kami…Karimon blog !!!.Makam Maulana Ishaq memang ada di dalam Komplek Pemakaman Syeikh Sultan Ariffin,Sayyid Ismail Al Jilani !!!.

  8. Tok Syeikh says:

    Asalammulaikum Semua !!!.

    SENARAI NAMA ULAMA DAN KELUARGA MEREKA YANG PERTAMA MENDARAT DI PULAU BESAR PADA TAHUN 1595 M.

    1. Maulana Sayyid Ishaq bin Maulana Sayyid Ibrahim Asmoro.
    2. Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail Al Jailani.
    3. Syeikh Sayyid Ibrahim Al Jailani.
    4. Maulana Sayyid Ibrahim Ismail bin Sayyid Ghaffur.
    5. Sayyid Ibrahim bin Maulana Sayyid Ishaq.
    6. Sayyid Khassim bin Maulana Sayyid Ishaq.
    7. Sayyid Fhadillah bin Maulana sayyid Ibrahim Ismail.
    8. Syarifah Siti Fatimah binti Sayyid Ali Nurul Alam.
    9. Syarifah Siti Rodziah binti Maulana Sayyid Ishaq.
    10. Syarifah Siti Musallimah binti Maulana Sayyid Ishaq.
    11. Syarifah Siti Maimunah/Rubiah binti Maulana Sayyid Ishaq.
    12. Syarifah Siti Khatijah binti Maulana Sayyid Ishaq.
    13. Syarifah Siti Aisyah binti Maulana Sayyid Ishaq.
    14. Sayyid Alias bin Maulana Sayyid Ibrahim Ismail.
    15. Sayyid Muzaffar bin Syeikh Sayyid Ibrahim Al Jailani.
    16. Sayyid Abdul Rahman Ismail bin Sayyid Abdul Ghaffur.

    Ini lah rombongan pertama sampai dari Samudera Pasai dengan menaki kapal kepunyaan Maulana Sayyid Ishaq.Maulana Sayyid Ishaq memang ada kapal sendiri.Selain berdakwah, kapal ini di gunakan untuk berniaga dan membawa orang ke Tanah Suci Mekah.
    Ana Fakir dalam buku Misteri Pulau Besar ada menulis, Rombongan Ulama dari Mekah sampai ke Pulau Besar pada tahun 1495 M, anggota rombongan Pertama ialah 10 orang lelaki dan 6 orang wanita.Dan beliau tidak tahu nama nya bila saya bertanya dengan nya, semasa saya berjumpa dengan beliau di Muzium Islam Melaka.Sebenar nya bukan lah dari Mekah tetapi dari Samudera Pasai dan yang paling tepat ialah JUEMPA,PASAI !!!.
    Ada penulis yang menulis asal nama ACHEH ialah Arab,Cina,Eropah dan Hindi.Sebenar nya salah…Acheh ada lah dari perkataan Sankrit/Hindi lama iaitu “ACI”.Aci di hadiah kan kepada adek perempuan Maharaja Bharubasa kepada Dewi Durga atau Cik Siti Wan Kembang adek beliau….dan perkataan “ACI” ini lama kelamaan menjadi ACHEH, mengikut Loghat orang Melayu Pasai.Acheh telah ada dan telah maju sebelum Marco Polo sampai iaitu orang Eropah masih tinggal dalam hutan lagi !!!.

    • bobwaltzco says:

      terima kasih tok syeikh..
      tp saya masih mencari hubungan diantara pulau besar (makam2 yg ada disana)dengan makam2 yg terdapat di padang sebang..

      jika ada dlm simpanan sejarah tok sheikh sudilah kiranya kita mula bertukar2 pandangan.

  9. Tok Syeikh says:

    Aduhai salah tulis tahun…pada tahun 1495 M.

  10. pakcikli00 says:

    Asalamualaikum

    Tuan Ridzuan, satu Malaysia agaknya.

    wasalam

  11. Tok Syeikh says:

    Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail bukan sahaja terkenal di Melaka tetapi di seluroh Nusantara.Ada banyak anak murid dan keturunan beliau di Seluroh Nusantara.Selain itu beliau keturunan dari Syeikh Abdul Qadir Al Jailani.

  12. ahli pulau says:

    salam tok sheh,sy masih lagi kurang faham dgn penjelasan tok sheh,adakah ini cerita yg benar,maaf sbb bila sy pegi ke pulau sy dgr cerita versi lain dari org2 di sana,ade yg cite mcm ni dan ade yg mcm tu.tpi cite tok sheh ni agak menarik…boleh sy tahu dri mana tok sheh dpt sumber cite ni.dlm byk2 tmpat hati sy paling minat pegi pulau besar,klu bleh tolong cite ttg adi putra dan jebat serta kaitan mereka dgn sheikh ismail dan wali songo.trima kaseh

  13. alifoo says:

    sesiape di sini tahu tentang sejarah seorang pendekar atau panglima bernama tun razak!
    saya org singapore tak salah saya tun razak berasal dari melaka.. tolong sesiape kalau tahu email saya

  14. Pingback: | Days of Allah – Rabi’ Al-Awwal | TAQWA.sg - Tariqatu-l Arusiyyatu-l Qadiriyyah Worldwide Association (Singapore)

  15. Benarkah keturunan sultan ariffin ada di pantai kundur Melaka iaitu sebuah pekampungan lama org melayu(sekarang tempat petronas) atau dikenali dengan kg. tanah merah jaya…?? sebagai contoh bukit sayyid kedidi…dimamana keterunan moyang saya…sayyid kedidi bin sayyid hamidi seterusnya saya kurang ingat..

  16. mohd heirman b ishak says:

    Jadinya bumi Melaka ni memang penuh dengan sejarah Wali Songo ye Tok Syekh….saya ni anak murid kepada Tok Uban Kg.Gadek Melaka.Salam persaudaraan kepada Tok Syeikh. (Heirman).

  17. wan haikal says:

    disekitar sy ad seorang hamba ALLAH yg kononnya sekarang tidak sedarkan diri kerana puteri mayang nilam sari menggunakan tubuhnya….mula2 selama 11 hari,kemudian membawa kepada sebelum usiannya 25..tp banyak benda yg tidak nyata dilihat….susah nk menerima akal…bila diajukan soalan siapa yg menjaganya dipulau besar dia tidak mampu menjawabnya….berjumpa sudah dgn puteri ratna sari juga laila sari dan mas merah….bisa berkongsi sedikit ilmu?

  18. maria says:

    As Salam saya tertarik dgn tulisan sejarah Pak Syeikh.boleh saya bertanya adakah Pak Syeikh mempunyai hubungan keturunan dgn Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail Al Jailani.

  19. anonymous says:

    i orang cina tapi dari cerita arwah ayah kita ialah keturunan dari panglima hitam. cuma arwah tidak mahu memberitahu cerita sepenuhnya untuk kita tahu tetapi di rumah kita ada terdapat beberapa bilah keris yang datang sendiri semasa arwah masih ada. sampai hari ini i pun teengah berfikir betul tak apa arwah saya katakan.

  20. shanesh says:

    Tok,
    Tumpang tanya boleh? Saya difahamkan Pulau Besar memang masyur dengan kesihatan budak – budak dimana tempat suci dan segala penyakit kanak-kanak boleh sembuhkan jika berniat disitu.

    Saya memang hindu tapi saya berhasrat utk melawat pulau besar demi kesejahteraan anak – anak saya yang masih kecil. Apakah perkara yang patut dibuat dan tidak patut dibuat ketika melawat makam – makam wali tersebut.

    Saya tidak berhasrat utk mengotorkan tempat tersebut, walaupun makam – makam itu adalah daripada tokoh-tokoh Islam saya tetap menjunjung….

    pls advice. Thanks tok

  21. mail says:

    ulasan yang tak benar

  22. ahmad alias says:

    salam tuan,ingin tau siapa syed abdul rahman bin syed husin yang makamnya terdapat di pulau besar.

  23. farid says:

    salam.. saya menetap di sabah sekarang.. arwah ayahanda berasal dari perak, kampung pasir garam, daerah kampung gajah/pasir salak.. keturunan sebelah opah menjadi org besar istana perak pada zaman dulu.. ayahanda saya pernah bagitahu ttg keturunan kami dari Datuk Panglima HItam.

  24. farid says:

    saya masih x dpt faham kaitan antara Datuk Panglima HItam dan Sultan Arifeen, Adakah bersaudara? arwah ayah sering cerita dengan saya semua nama2 yg tok syeikh sebutkan di atas. Datuk Peanglima hitam, Sultan arifeen, Syeikh Abd Khadir Jailani, Syeik Maulana Ibarahim Kubra , Putri Nilam (ada batu ditinggalkan atas nama putri nilam dan putri rokiah) dan macam2 nama lg.. ada juga kaitan kami dengan Pangima Harimau Putih. tq

  25. Hamba Musykil says:

    Salam Tok Syeikh,
    Saya baru lepas berkunjung ke Pulau Besar, hari raya ketiga lepas.
    Saya ada kemusykilan, harap Tok Syeikh dapat jelaskan.
    Mengapa orang India non/Muslim mengunjungi Makam Sultan Aarifeen? Kenapa tidak makam lain? Ape yang istimewa sangat Makam ni untuk mereka?
    Pernah dengar versi cerita dari mereka?

  26. Assalmmualaikum

    Saya sokong ‘hamba kusykil’ . Saya hairan kenapa ramai ORANG BUKAN ISLAM datang ke plu besar ini dan mengunjungi makam orang islam. Adakah ini dibenarkan? Saya lihat amalan mereka lama-lama lebih menjurus kepada khurafat .
    Sementara makam inang sih pula telah ‘diujudkan’ ditepi batu. Adakah munasabah makamnya disitu?
    Jika benar maka hang jebat, hang nadim dan dang baru di situ kenapa tidak dibuat tanda yang betul seperti kuburan orang islam. Kasihan melihat makam itu terpinggir dan dilangkah-langkah.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s